Drums recording with 5 microphones (Bahasa)

in #upvoteforupvote5 years ago (edited)

Greetings steemians!

Selamat datang lagi ke blog saya ini dan semoga semua dalam keadaan sihat dan dihindar daripada penyakit pada masa sekarang ini.

Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk berkongsi atau pun share cara untuk saya merakam drumset saya sewaktu di studio dan gambar diatas adalah studio milik saya.

20200524_124012.jpg

Studio kami ni kecil sahaja dan bukan pun professional sebab semuanya ilmu yang kami dapat atas pengalaman sendiri trial and error orang cakap, dari sana kami belajar dari kesilapan dan upgrade sikit² untuk menambahkan kualiti rakaman audio.

Sedikit info untuk kamu, saya akan merakam drumset ini cuma menggunakan 5 microphones sahaja ya. Kenapa 5 mics sahaja? Sebab saya mo mengurangkan channel dalam mixing phase nanti dan kalau kurang tracks maka kurang sakit kepala dan memudahkan sesi editing nanti 😎

PGDMK6_D2-a9c64e43c1b0b8dd1c6a96287eb4ad37.jpg

Microphone yang saya guna adalah shure PGA mics yang kira old juga lah tapi kami guna untuk tujuan pelbagai sesi rakaman.

F15-MOSF0005-UKEU_001_1200x1200.jpg

Sedikit info lagi, saya akan menggunakan audio interface 8 channel iaitu daripada focusrite dan ini pun model lama tapi kami masih guna sebab belum ada bajet untuk upgrade 👏😅

Screenshot_20200525-072257_Gallery.jpg

Ok! Mari kita lihat macam mana saya placing microphone untuk mendapatkan rakaman drums saya menggunakan 5 microphones sahaja. Lihat gambar dibawah.

Macam yang kamu nampak diatas ini, saya cuma letak 1 mic di kick, 1 mic snare, 1 mic floor tom, dan 2 mic overheads. Kali ini drummer tidak guna tom 1 ya. Kalau drummer perlu tom 1 pun boleh juga guna micing cara begini. Tiada masalah.

Kick mic ada special sikit sebab saya experiment sedikit dengan meletakan kain untuk tutup kick mic tu untuk mendapatkan sedikit low end pada bunyi kick. Kain diatas adalah daripada langsir jendela saya ambil 🤪🤣

Untuk yang baru mula berjinak² dengan live instruments recording, macam drums ni, mics overhead yang kamu letak haruslah sama jaraknya dengan snare. Kenapa? Sebab snare adalah instrument yang agak penting dalam rakaman drums ni. Sebagai contoh, saya suka buat space pair micing iaitu mic condenser sebelah kiri dan kanan dan kamu kena ukur jarak setiap mic itu dari snare ke setiap mics overhead. Jika mic kanan sejauh 1 meter dari snare maka mic kiri pun mestilah sejauh 1 meter dari snare juga, ini adalah mengelakkan daripada "phasing", secara bahasa pasar dia, bunyi snare dikedua² mic overhead tidak balance kedengaran kerana bunyi dikedua² mic overheads berlawan antara satu sama lain so kedengaran ganjil dalam recording dan tidak sedap 😭.

Untuk mics snare, saya pointing ke arah keluar daripada area tengah sebab bunyi dia agak snappy sedikit berbanding straight ke tengah snare. Kamu boleh experiment mana placing yang kamu suka ikut citarasa masing².

Floor tom mic, saya akan placing sama juga dengan cara saya micing snare iaitu kearah tengah tapi tidak dead center.

Kick mic, ini mengikut drumset masing², kenapa? Sebab setiap drumset ada sweet spot dia, bagi saya, drumset yang saya guna ini saya akan letak di tengah dan kebelakang sedikit. Kenapa kebelakang sedikit? Sebab saya mo dapatkan low mid kick drums tu. Lagi dekat mic dengan kick maka lagi banyak low frequency yang kamu dapat, so lagi sekali experiment perlu untuk mendapatkan bunyi yang disukai masing². Plus saya cover kick druma tu untuk mengurangkan lagi bleed ke microphone kick dan menambahkan sedikit lagi low freq pada mic 👏🙋🏻‍♂️

Jumpa lagi di post yang akan datang ya. Stay tune!

#resteem #upvote #follow

Sort:  

Hai @innocentclair salam sejahtera. Saya ada komuniti untuk blogger bahasa disini https://steemit.com/trending/hive-189394 boleh mula post di sana dan guna tag #bahasa supaya saya senang cari dan upvote post kamu. Terus steem ya!

Terima kasih info 🙋🏻‍♂️❤️

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.26
JST 0.039
BTC 100401.29
ETH 3606.38
USDT 1.00
SBD 3.12