Backpacking Umrah Siri 1steemCreated with Sketch.

in #travel7 years ago

Angin di luar Masjidil haram semasa solat Isya jam 7.00 malam berjemaah bertiup kuat seolah tahu keresahan hatiku. Aku sedikit resah memikirkan perjalanan kami dari Masjidilharam ke Jeddah airport kerana aku belum lagi menempah mana-mana pemandu atau teksi. Cuba aku khusyukkan solat terakhir di Masjidilharam itu sambil berdoa semoga perjalanan kami nanti dipermudahkan.

Usai solat, bingkas aku menolak selipar sebagai wakaf disitu, jangkauanku, aku tidak perlukannya lagi kerana sudah ada ‘boot’ yang lain. Bingkas aku bangun dan menoleh ke kawasan belakang mencari suamiku, Zhar. Seperti dijangka, dia juga sudah bersedia untuk bergerak. Penerbangan kami adalah pada 11.55 p.m waktu Jeddah.

Seperti yang telah aku ketahui tentang tempat teksi menunggu, ia terletak di belakang Dar Altawhid dan diseberang jalan berhadapan dengan Hyatt Regency, Makkah. Bersama beg sandang, kami bergegas ke tempat teksi. Dari jauh sudah kedengaran pemandu teksi memanggil-manggil, “Jeddah! Jeddah!”. “Ya Aisyah, Jeddah?!” Seorang pemandu arab menyapa dengan tegas atau mungkin itu cara mereka bertanya. Aku sedikit kaget, takut juga kalau ditipu atau dicaj harga yang mahal. Dalam keadaan tergesa-gesa kerana takut ketinggalan flight, aku cuba tawar-menawar. Dalam ingatan, sudah ku bajet antara 100riyal hingga 200 riyal seperti yang telah diwar-warkan oleh ahli backpakers yang lain. Akhirnya kami bersetuju dengan 120riyal. Not a bad deal, but we need to hurry. Perjalanan dari Mekkah Dar al Tawhid ke Jeddah airport mengambil masa 1 jam 10minit.

Alhamdulillah perjalanan kami baik dan sampai di airport seperti yang dijangka. Sekali lagi aku bertanya kepada pemandu untuk meyakinkan diri bahawa kami berada terminal yang betul, kerana penerbangan nanti adalah Flynas ke Adana, Turkey. “Ya, terminal yang betul”. Mujur Zhar juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Tiba di dalam terminal airport, kami bergegas ke kaunter dan masih belum dibuka. Sudah kukira, jangkaan ku tepat. Apabila kaunter dibuka, kami menghadapi sedikit kesulitan kerana pak arab yang menjaga kaunter melengah-lengahkan proses ‘check-in’. Mereka memerlukan pengesahan bahawa kami tidak memerlukan visa ke Turkey. Sudah berkali aku cuba menerangkan bahawa visa tidak diperlukan dan menunjukkan maklumat di screen hp. Tapi mereka berlengah juga. Aku mengerling tajam kearah pegawai Flynas yang bertugas. Bukan mahu mengumpat, tapi beginilah perangai pak arab disana. Passport kami diambil dan mereka berendeh-endeh duduk bergoyang kaki sambil menghisap rokok. Hatiku semakin panas. Setelah hampir 40 minit, aku agak ketuanya datang dan membuat satu panggilan telefon ke Turkey dan kami disahkan tidak memerlukan visa serta dibenarkan untuk masuk keruang berlepas. Lega!

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.16
JST 0.029
BTC 62449.67
ETH 2429.76
USDT 1.00
SBD 2.58