AUDIO MIXER DIGITAL DAN AUDIO MIXER ANALOG
Sekian lama menyepi dari Steemit adalah disebabkan dengan kerja seharian saya. Apa khabar para penulis blog Steemit, semakin hari semakin ramai penulis blog dalam Bahasa-Malaysia. Artikel yang ditulis pun semakin menarik perhatian.
Photo by Brodie Vissers from Burst
Artikel yang akan anda baca kali ini adalah berkenaan dengan tentang Audio Mixer Digital dan Audio Mixer Analog.
Perbezaan ketara diantara dua audio mixer ini adalah dari segi penterjemahannya, selalunya jika sebut sahaja digital selalu dihubung-kaitkan dengan LED (light emit diode) dan banyak parameter pengukuran boleh dinilai dengan tepat dengan melihat LCD monitor atau skrin. Skrin ini banyak menunjukkan pengukuran dalam graf dan nombor yang tepat.
Audio Mixer Analog pula selalunya mempunyai pengukur seperti meter penunjuk jejarum. Akan tetapi masa kini menggunakan meter jejarum tidak lagi popular. Masa kini level bunyi diukur menggunakan penunjuk LED. Jika paras LED menunjukkan pada LED merah ini sudah mencecah tahap overload dan boleh merosakkan speaker (pembesar bunyi) anda. Paras bunyi yang mencecah pada warna kuning pula dalam keadaan berjaga-jaga. Paras bunyi pada warna hijau pula adalah paras bunyi ideal yang dihasilkan dan suara tone bunyi berkeadaan memuaskan.
Sumber Gambar Internet
Audio Mixer Digital mempunyai layer sistem. Di dalam sistem pendigitalan audio mixer memang senang untuk anda menyusunkan program anda. Sebagai contoh semasa persembahan band. Setiap kali pertukaran band setting pun harus ditukarkan dengan mengikut berapa pemain gitar dan drummer. Memang kelam kabut jadinya tapi kalau menggunakan Audio digital mixer Cuma tukar layer A khas untuk kumpulan A secara otomatik semua fader tersusun siap. Kumpulan B dengan setting B. Selalunya mempunyai 4 layer fader. Kalau tidak cukup simpan siap setting dalam thumbdriver lepas tu boleh muat turun ke audio mixer.
Sumber Gambar Internet
Audio Mixer Analog tidak mempunyai kelebihan ini, ia cuma mampu untuk buat Grouping. Grouping adalah setting setiap fader channel mengikut Subgroup Fader. Selalunya butang ini senang dikenal-pasti dan berada di bahagian atas butang mute atau bersebelahan volume channel fader. Subgroup selalunya mempunyai dua sahaja. Ini bergantung model yang anda pilih kesesuaian dengan keperluan untuk dewan atau majlis persembahan anda.
Artikel Audio Mixer ini masih banyak lagi perlu rungkaikan tapi setakat ini sudah memadai untuk anda mengenal Audio Mixer secara luaran terlebih dahulu.
Jika anda berminat membaca artikel selain ini, anda boleh lah merujuk pada artikel yang dibawah ini:-
Tambahkan ilmu anda dengan masa yang terluang, selamat membaca.
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness
Sudah upvote. Dari karangan ini, terdapat tahu bahawa mixer digital boleh masukkan prefix setting. Tidak hairan selalu bila persembahan band boley segera tukarkan semua setting sekelip mata sahaja. Tidak pernah pun nampak sounds engineer pusing sini sana sebut "mic testing " ke "sound check 123" di antara tukar set. Syabas teknologi baharu!
Memang betul ,@davidke20. Sekarang kalau kita nyanyi suara sumbang pun boleh nampak hebat.barulah penyanyi confiden.tapi untuk pertandingan tidak dibenarkan..judges mahu Yang original.
Mesti mahal nie kan..
Audio mixer analog untuk buat perniagaan Dan pulangan tidak rugi untuk beli alat ini.Dan dengan harga Dalam 2000 mungkin juga Di kategori Mahal. Digital mixer adalah atas lagi 2000.