Berdalih Mulut Kerana Bahasa

in #teammalaysia7 years ago

Waktu ini adalah sesuai untuk aku berikan reaksi bagaimana liku-liku kehidupan manusia yang tak jemu berposivigatif, manukurasi dan dipendekkan kata cuba mengelakkan sesuatu yang pasti.


image source

Hidup aku hanyalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... jujur aku katakan aku bukanlah orang yang senang. Namun syukur aku terjumpa seorang yang memahami aku dan menjadi nadi kedua ditika aku kesusahan.

Hai rakan sekalian, aku ingin bertanya apakah anda rasa bila anda mengambil hak yang bukan milik anda, contohnya mencuri? Semestinya tanya pada hati masing-masing. Aku cukup lama berdalih parang tadahkan mulut menegakkan hal yang batil namun semua itu hanya sia-sia disebabkan ketamakan seorang insan yang dahulunya rakan seperjuangan aku.

Bukan sekali, bukan sekali aku bertahan cukup berkali-kali aku berikan peluang untuk berfikiran positif, nyata semua itu meleset apabila aku sendiri melihat di kaca cctv secara terang-terang dua buah biji mata aku melihat perbuatannya itu.

Pengajaran

Apa yang aku pelajari kini aku memahami tidak semestinya rakan baik itu selalunya jujur, kemungkinan juga merek terdesak atau memang ada udang disebalik batu.

Rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah apabila memilih kawan kerana harta boleh menjadi lawan.

Sekian dan mulakan hari anda dengan ceria.

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.25
JST 0.039
BTC 95759.82
ETH 3324.32
USDT 1.00
SBD 3.17