Periksa spesifikasi CPU mengunakan Intel ARK
Sedar tak sedar, kita sekarang sudah berada pada bulan Januari bagi tahun 2019. Semakin lama, semakin jarang aku membuat posting di Steemit. Bila ada kesempatan, aku akan jenguk juga.
Kelmarin ada seorang sahabat aku bertanya pada aku, bagaimana nak periksa spesifikasi CPU. Cara yang paling mudah yang aku tahu, adalah mengunakan website Intel ARK.
Disebabkan aku tak ada idea untuk buat posting, jadi aku buat pertanyaan sehabat aku tu sebagai topik.
Untuk memeriksa spesifikasi CPU, pertama sekali, kenalah ada model CPU yang ingin diperiksa. Sebagai contoh, aku ambil daripada laptop aku:
Untuk dapatkan system summary, korang boleh taip command 'msinfo32' pada kotak run.
Sebaik saja korang tekan enter, korang akan nampak interface seperti di bawah;
Di interface tadi, korang cari sehingga nampak 'Processor'. Di situ akan tertera model CPU yang ingin dicari.
Seterusnya, korng pergi ke website; https://ark.intel.com/
ARK atau nama panjangnya Automated Relation Knowledge Base, adalah satu pangkalan data dimana korang boleh periksa semua jenis processor / CPU yang dikeluarkan oleh pengeluar Intel.
Selepas korang masukkan model CPU dan buat carian, korang akan dibaw ke page yang menunjukkan spesifikasi CPU secara terperinci. Sebagai contoh, korang boleh lihat pada rajah di bawah
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Congratulations @rosmadirazali! You received a personal award!
Click here to view your Board