Bank-in duit syiling di Maybank

Lama betul aku tak post di Steemit. Sejak aku mula bekerja di tempat baru, memang sangat sibuk kebelakangan ni.

Utk post kali ni, aku nak cerita berkenaan bank-in duit syiling ke dalam akaun bank. Aku adalah jenis yang tak suka bawa duit syiling dalam dompet & poket.

Jadi aku simpan dalam tabung. Bila dah penuh, selalunya @irmeyhamidi akan keluarkan duit syiling yang aku simpan di dalam tabung.

Rasanyer adalah setahun juga aku menabung, baru penuh. Duit syiling yang aku masukkan dalam tabung, adalah duit baki yang aku dapat selepas membeli barang.


Bila di bank, kami akan ada dua pilihan dengan duit syiling tadi:
i- Tukar duit syiling kepada duit kertas
ii - Bank-In duit syiling ke dalam akaun.

Kami pilih pilihan kedua, iaitu; bank-in duit syiling ke dalam akaun. Apa yang perlu disediakan cuma no akaun saja.


Bank CIMB ada sediakan Coin Deposit Machine (CDM). Cepat dan senang. Self-service saja. Tetapi yang jadi masalah, perkhidmatan CDM selalu sangat tergendala.

IMG_20180725_210746.jpg

Di Maybank, setakat ni aku belum jumpa lagi CDM. Tetapi di Maybank kita boleh beritahu kepada staff semasa nak mengambil nombor giliran, yang kita nak bank-in duit syiling.

IMG_20180725_210718.jpg

Selepas mengambil no giliran, boleh lah pergi ke kaunter khas. Kenapa aku cakap kaunter khas? Sebab di kaunter ni, cuma boleh buat dua jenis transaksi:
i) Keluarkan atau masukkan wang kertas dalam jumlah yang banyak
ii) Keluarkan atau masukkan wang syiling dalam jumlah yang banyak

Prosedur pun tidak terlalu rumit. Bagi saja duit syiling tu kepada staff di kaunter dan dia akan masukkan duit syiling tu ke dalam mesin mengira duit syiling.

IMG_20180725_210650.jpg

Selepas selesai mengira duit syiling, staff tadi juga akan key-in jumlah keseluruhan ke dalam akaun bank.

Selesai!! Senang jer kan ;)


@rosmadirazali

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Selamat kembali bro, kelmarin baru aje bincang dengan @davidke20 tentang you

Posted using Partiko Android

Tq2 @wilhb81. Itulah, rasa lama sangat tidak buat apa2 posting

Same2 @rosmadirazali

Hari ni merupakan hari penting bagi Steemit - sebab hardfork akan bermula pada 23:00 nanti :)

Selamat kembali! Bila TT?

Posted using Partiko Android

Tq @davidke20. Tempat biasa? Murni?

Moleh. Ini app manyak bagui. Boley tiap hari check-in kumpul point.

Posted using Partiko Android

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 57050.09
ETH 3060.34
USDT 1.00
SBD 2.32