FAMILY : PERMATA YANG HILANG - THE LOST JEWEL
Saya ingin berkongsi satu pengalaman saya membaca buku yang berjudul PERMATA YANG HILANG. Sesuai untuk semua lapis masyarakat tua atau muda, terutama yang akan menjangkau ke alam perkahwinan.
Ringkasan Buku
Kebahagiaan rumahtangga adalah matlamat semua manusia. Bagi mencapai matlamat itu berbagai kajian, pendapat serta petua telah dikemukakan oleh manusia zaman berzaman. Semua itu amat berguna sebagai panduan bagi bakal pengantin juga bagi yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas. Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata tetapi adalah ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumahtangga yang sebenar iaitu bagi melahirkan zuriat pengganti yang bakal memimpin. Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang kotor. Ilmu ini tidak harus diabaikan. Bagi menyelaminya ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki dan perempuan perlu diketahui dengan terperinci agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin dapat digunakan dengan berkesan. Kombinasi pengetahuan dari sumber Islam bangsa Melayu serta Barat dapat menolong pemahaman yang lebih jitu.
Perlakuan jimak dianggap oleh ramai orang sebagai perkara remeh yang tidak perlu dipelajari. Ini adalah anggapan yang salah. Sama ada dari segi Islam, bangsa Melayu atau seksologi moden telah dinyatakan bahawa ia adalah ilmu yang penting dipelajari. Dengan mengetahuinya maka nafkah batin dapat disalurkan dengan berkesan dan dihargai kerana mampu memuaskan naluri pasangan. Terdapat berbagai perkara, strategi serta rahsia jimak dari berbagai sumber yang patut dipelajari, dipilih mana yang sesuai serta diamalkan mana yang yang disukai. Yang paling penting ialah jimak menurut pendekatan Islam di mana ianya mempunyai berbagai kelebihan dan ganjaran.
Sama ada dari sumber tradisional atau moden berbagai teknik jimak telah diajarkan agar jimak itu dapat emberikan kepuasan, menjaga kesihatan tubuh serta bersesuaian dengan kemahuan diri atau pasangan. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah pancutan mani terlalu awal serta ketidakmampuan menerbitkan inzal isteri. Posisi jimak, teknik berdayung serta berbagai petua lain adalah penting diketahui bagi menawarkan berbagai pilihan kepada pasangan dan menyesuaikan dengan keadaan.
Kesihatan tubuh badan serta minda adalah perlu bagi membolehkan prestasi tenaga batin terjaga. Faktor asas yang memberi kesan langsung ialah nafas, makanan serta riadah. Ramai yang tidak sedar bahawa faktor-faktor ini
menyebabkan perubahan emosi, prestasi fizikal serta kemampuan mengendalikan mental. Tanpa menjaga faktor asas prestasi tenaga batin akan menurun. Berbagai pengetahuan serta petua dari segi ini diharapkan dapat
menolong mengekalkan atau menjaga prestasi tenaga batin. Masalah lemah tenaga batin adalah masalah yang membimbangkan suami isteri. Sebab dan cara mengatasinya penting untuk diketahui. Hubungan kelamin yang baik adalah salah satu faktor terpenting keharmonian rumahtangga. Melalui isi buku ini pembaca diharap dapat menghalusi cara melakukannya dan menjayakannya.
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA >> https://kisahsuamiisteri.files.wordpress.com/2017/05/ebook-percuma-suami-isteri-permata_yang_hilang-bestseller.pdf
Nice to meet you @nkkb
Thanks for upvoting my post :)
Following you
My pleasure. See you around
Postingan yang bagus dan sangat bermanfaat...tentunya sangat menarik untuk dibaca...apalagi macam baru kawin tentunya sangat penting untuk mempelajari hal seperti ini untuk keutuhan rumah tangga...karna jimax juga merupakan kebutuhan utama dalam berumah tangga...
Salam kenal @harrylihardo from indonesia.
Terima kasih semoga bermanfaat. Salam kenalan Harry
Salam berkenalan @harrylihardo. Terima kasih semoga di perluaskan lagi pengetahuan yg sangat berharga .
Ya sama2 @nkkb. Salam kenal kembali. Saya tertarik untuk membaca buku itu...kalau boleh tau, berapa harga buku itu? Saya berniat untuk memiliki buku tersebut.
Percuma untuk pdf format. click link di bawah dan download sahaja
https://kisahsuamiisteri.files.wordpress.com/2017/05/ebook-percuma-suami-isteri-permata_yang_hilang-bestseller.pdf
ini seperti buku karma sutra je ... =) the art of love ..
Yes boss. Malay Islamic version
Ahh .. Roger that . 😀
Mantap ilmunya serta bisa di pelajari untuk berlangsung nya hubungan suami isteri tetap aman dan setia sampai tua. Terimakasih @nkkb izinkan @amre membaginya
Silakan @amre . Silap silap bisa tambah lagi bilangan isteri.
Dalam islam jimak itu ibadah, banyak dari kita jika berjimak bersama suami istri tujuannya hanya untuk kepuasan hawa nafsu dan itu keliru. Saya sependapat dengan @nkkb, saudara seiman dalam satu bahtera. Perlakukan istrimu dengan penuh kasihsayang, karna dengan kasih sayanglah tuhan mencintai hambanya.
Benarsekali @azizpase . Terima kasih atas kata-kata yg positive
Luar biasa komentar positif azizpase. Salam kenal @azizpase
Semua butuh kebahagian di alam perkawinan, buku ini sangat cocok untuk muda yang ingin menuju alam perkawinan
Ilmu yang sangat bermanfaat untuk dipelajari, ini sangat penting dipelajari untuk berlangsungnya hubungan yang harmonis dalam keluarga...tatacara jimak pun sangat penting dalam melakukan hubungan jimak...izinkan saya berbagi postingan ini @nkkb.
Salam sukses @nafazul
Silakan @nafazul