Entri Kak Long #1: Cara Memikat Hati Mak Mertua (Bahagian I)

in #teammalaysia7 years ago

Tips #1
Jaga Pasangan dengan Cara yang Paling Baik

Mak mertua ni sebenarnya bukanlah cerewet. Or jealous. Or demanding. Mak mertua ni adalah ibu kepada suami kita. Haruslah hati nuraninya sama sahaja macam ibu-ibu yang lain, termasuklah mak kita sendiri. Sesekali apabila terasa kenapa mak mertua kita ni cerewet sangat, atau apa yang kita buat semua macam serba tak kena, atau macam susah sangat nak ambil hatinya, tengoklah kembali mak kita sendiri. Kita semua kenal mak kita sendiri kan? Okay apa yang mak kita expect?

Begitu jugalah yang mak mertua kita expect.

Satu hakikat yang perlu kita fahami, kita dah kahwin dengan anak dia. Dengan anak lelaki dia. Anak lelaki yang selama ini ditatangnya bagai minyak yang penuh. Sebelum berkahwin dengan kita, dialah yang masakkan untuk anak dia, cuci lipat ironkan baju anak dia, sekolahkan anak dia, dan sediakan segala-galanya untuk anaknya dengan cara yang paling sempurna. And for how long? 25 tahun? 30 tahun? Sejak lahir lagi mak mertua kita inilah yang menjaga dan mendidik suami kita sampailah sekarang ni. Apa yang kita nampak hari ini - kejayaan, kekayaan atau kecemerlangan suami kita semuanya adalah hasil titik peluh dan pengorbanan ibunya. It was a long, winding journey. Penuh dengan jerih perit, tangis dan air mata, penat lelah. Semuanyalah. Tidak terkata banyaknya dan tidak terungkap batasannya. Atas sebab-sebab inilah mak mertua kita terlalu amat sayang pada anak lelakinya ini. Yelah, siapa yang tak sayang anak, kan. Nanti esok lusa ada anak sendiri kita pun akan faham kasih sayang yang terjalin antara ibu dan anak.

Okay. So bila kita dah faham teori kasih sayang antara mak dan anak, mari kita fahami pula apa expectation mak mertua terhadap kita.

Berbalik pada kisah tadi, dah terlalu banyak yang dikorbankan dan dicurahkan dalam membesarkan anak lelakinya ini. So harapannya besar sangatlah satu hari nanti kalau anak lelakinya ini berkahwin, isterinya nanti dapat menjaga anak lelakinya sebagaimana dia menjaga anak lelakinya selama ini. Kalau tak lebih lagi, sama pun jadilah.

Ya, itulah sebenarnya expectation mak mertua kita saat kita berkahwin dengan anaknya.

So alkisahnya, bermula saat 'Aku terima nikahnya', kita ni sudah semacam menjadi target pada mak mertua kita. Target bukanlah kerana berniat jahat, tetapi target nak tengok dapat tak kita jaga suami kita dengan sebaik-baiknya. Yang kita ni pula, tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu pun benda-benda ni. Yang tahu, seronok. Eeei excitednya nak kahwin! Eeei excitednya pakai baju kahwin! Eeei tak sabarnya nak jadi isteri! Hashtag #tiljannah lah. Hashtag #relationshipgoals lah. Tu ha mak hashtag tunggu nak membaham tu kau tak nampak! HAHA. Dan di sinilah selalunya terkecundang wahai para isteri sekalian. Terlalu banyak tengok drama pukul 7 dan follow Instagram artis-artis gamaknya. Tak boleh begitu wahai adik-adik sekalian. Perkahwinan ni realiti okay? Jangan nak perasan sangat.

Sebab tu bila youngsters bilang nak kahwin pasal nak elak maksiat lah apa, ai memang tak setuju. Why. Kau ingat kahwin tu untuk berjimak je ke. Yang perihal mak mertua ni kau dah ready ke belum?

So apa nak buat? Ha bersedialah untuk ditarget! Harharhar. Member punyalah seronok dapat kahwin, masih hidup di alam fantasi, nak bermanja dengan suami, berpujuk rayu, bermuncung sedepa sampai boleh sangkut hanger, kau tak tahu tuuuu tuan director tengah tengok drama kau tu. Wahai adik-adik sekalian, saat 'Aku terima nikahnya' itulah saat kamu kena paling takut sekali. Tanya diri, dah cukup ke ilmu di dada. Dah boleh ke jadi isteri. Dah boleh ke galas tanggungjawab. Kahwin ni bukan pasal sweet-sweet je. It is all about responsibility. Berat tau, tanggungjawab. Nak kena jadi isteri solehah. Kena dengar cakap suami. Kena pandai ambil hati mertua. Kena bijak urus rumahtangga. Tak boleh huha lagi. Kena matang. Kena professional.

Dan yang paling penting kena jaga suami dengan sebaik-baiknya.

Eh tapi macam mana kita nak tahu macam mana mak dia jaga dia dulu? Kita punya style lainlah. Mana boleh nak sama dengan mak dia. Baik dia kahwin dengan mak dia je macam tu!

Eh eh kau ni dik, belum apa-apa dah nak menjawab. Hah menjawab. Macam mana mak mertua nak sayang. Seharusnya apabila masuk ke dalam family baru kita perlu sangat-sangat rendah diri. Kita kena habis relax. Habis cool. Kalau mak mertua sedang meng-target, marilah kita meng-observe. Observe bagaimana mak mertua layan anak lelaki dia, iaitu suami kamu. Observe bagaimana mak mertua cakap dengannya. Observe bagaimana mak mertua membezakan cara dengan suami kamu berbanding adik beradik suami. Dan setiap apa yang kamu nampak itu, catit. Setiap apa yang kamu lihat itu, tulis. Setiap apa yang kamu dengar itu, bukukan. Jangan harap ram tak seberapa dalam kepala otak sahaja dik oi. Nanti lupa, mahunya ternganga. Ha catitkan, tuliskan dan bukukan semuanya di dalam sebuah buku nota. Contohnya, tadi di dapur nampak mak mertua sendukkan nasi untuk semua orang for lunch. Situasi macam mudah sahaja, kan. Alah senduk nasi je pun kena tulis ke HJ? Tulisssss! Tulis, mak mertua senduk nasi untuk suami kamu. Dua senduk. Untuk semua orang dia sendukkan biasa sahaja, tetapi untuk suami kamu dia sendukkan nasi bahagian atas sahaja, tidak sampai ke bawah. So, yang perlu take note di sini, suami kamu tidak makan bahagian kerak nasi, walaupun nasi baru masak, bahagian kerak masih lembut sama 100% dengan nasi bahagian atas. But, do take note! Ini penting kerana ia sangat membantu kamu di hari kemudian.

Fast forward to two months later, mak mertua siap masak, dia bilang, HJ (hai glamour nah panggil HJ! Kahkah) tolong senduk nasi untuk semua orang! Kamu terlupa nak take note hal senduk nasi itu, kamu pun bantai sahajalah senduk nasi untuk semua orang di dalam rumah. Settle senduk nasi, semua orang makan sampai habis dengan berbahagianya dan selepas itu kamu pun pergi mandi. Dalam kamu pergi mandi itu, kamu tidak tahu rupanya mak mertua kamu cuit kakak ipar kamu dan bergossip dalam diam. Gossip apa? Berdosa naw! Gossiplah - Eh Lia (Lia sopan sikit kan nama, tak glamour tak bertempat macam HJ tadi) kau tahu, tadi Ibu nampak si HJ sendukkan lauk untuk si Man, sampai ke kerak disenduknya! Kesian anak aku, Lia. Sepanjang Ibu besarkan dia, tak pernah Ibu kasi dia makan kerak. Kahwin dengan HJ, kerak nasi dimakannya. Sedih Ibu, Lia. Ibu ingat bila dah berkahwin, terjagalah sikit makan minumnya. Ni makin teruk Ibu tengok.

Hah. Dan kamu di dalam bilik mandi pun tersedak tertelan ubat gigi Safi.

So the moral of the story di sini, tidak kiralah suami kamu tidak kisah makan kerak nasi ke, tidak kisah iron baju sendiri ke, household chores kamu berdua sudah sama-sama bersetuju untuk tetapkan share 50-50 ke, di hadapan mak mertua, JANGAN SESEKALI TUNJUKKAN semua shareholder-shareholder ini. Tidak perlu. Bukan hendak jadi hipokrit, tetapi untuk menjaga hati masing-masing, lebih-lebih menjaga hati mak mertua ini besar pahalanya. Apa yang sudah dipersetujui di rumah, tinggalkan sahaja di rumah. Di hadapan mak mertua, jagalah pasangan dengan cara yang paling baik. Macam raja ke, macam perdana menteri ke, layanlah. Kalau tidak pernah-pernah ambilkan air, tiba-tiba ambilkan air pun tidak mengapa. Kalau tidak pernah-pernah iron baju dia, tiba-tiba iron baju seminggu pun tidak mengapa. Yang penting, keharmonian di sini terjaga dan mak mertua senang hati melihat kamu menjaga anak lelakinya. Yang untungnya juga kamu, akan disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh mak mertua. Happy kan?

Okay ni baru tips yang pertama ye. Jangan nak sengih-sengih rasa dah pass with flying colours pulak. Nanti kita jumpa di Bahagian II. Hadamkan ni betul-betul dulu. Hadam, telan dan ingat dalam kepala otak jangan asyik nak berangan je.

Sort:  

Hannah..suka entry awak kali nie..ade la rase2 terkena hidung sendiri haha sambung jgn tak sambung hehe

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.24
JST 0.038
BTC 94692.02
ETH 3236.92
USDT 1.00
SBD 3.29