Orang pendiam bukannya Sombong!

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Hi Steemians,

Sekali lagi, saya ingin menulis artikel mengenai sombong. Bukan kerana mereka itu sombong tetapi kerana mereka itu pendiam.

Sebagai orang yang pendiam, saya juga mengalaminya secara tidak langsung. Oleh sebab itulah saya menulis artikel ini.

Dilema orang yang pendiam adalah mereka selalu dianggap sombong oleh orang yang berada di sekelilingnya atau orang yang baru mengenalinya.

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu pendiam dan salah satu daripadanya adalah lingkungan umur. Contohnya seperti saya:

Saya mempunyai 8 adik beradik iaitu 3 orang abang, 3 orang kakak dan seorang adik. Perbezaan umur antara saya dengan abang yang sulung adalah 16 tahun, anak ke-2(kakak 13 tahun), anak ke-3 (kakak 10 tahun), anak ke-4 abang (8 tahun), anak ke-5(kakak 6 tahun), anak ke-6(abang 4 tahun), dan saya anak ke-7 perbezaan umur antara adik saya adalah setahun.

Sepatutnya perbezaan umur yang besar ini adalah bonus untuk saya supaya pandai bergaul, namun ia tidak menjadi. Kerana sejak kecil lagi kakak dan abang saya telah pergi ke semenanjung untuk belajar dan bekerja. Yang tinggal di rumah adalah saya, adik dan abang yang ke-6 serta ibubapa kami.

Walaupun ada abang yang ke-6, dia lebih suka bergaul dengan rakan-rakannya. (sekejap ada, sekejap tiada). So, tinggal saya dengan adik lagi di rumah. Waktu itu umur saya 12 tahun, adik @ivora 11 tahun. Ibubapa keluar pergi ke sawah kadang-kadang ke kebun.

Mesti kamu hairan kan kenapa anak kecil ditinggal-tinggalkan di rumah. Hmm.. Sebenarnya kehidupan dahulu tidak sama dengan kehidupan sekarang ini, lebih-lebih lagi di kampung. Kami semua sudah belajar berdikari sejak dari kecil lagi. Tiada kes penculikan di kampung, tiada PTI, tiada kes rogol, tiada pembunuhan, tiada kecurian... yang ada pun, itu tundabi.. Hantu besar nenen.. 😂 nanti saya buat artikel mengenai tundabi. Dengan kata lain, kampung kami memang selamat... Kalau kes gaduh selepas moginum tu ada juga lah.. Tapi biasalah kalau mabuk.. Mana2 tempat pun ada gaduh punya selepas mabuk.

Jadi saya cuma bergaul dengan rakan-rakan di sekolah dan anak-anak jiran yang berada 3km dari rumah kami. Jika saya bergaul dengan rakan-rakan, boleh dikatakan saya ini agak mesra dan happy-go-lucky...ada saja cerita... Tetapi jika saya bergaul dengan orang yang lebih berumur dan yang baru saya kenali, saya menjadi kekok dan pendiam. Ini kerana, saya tidak terdedah kepada pergaulan dengan orang yang lebih berumur dengan saya. So, ia menjadi satu kesukaran untuk saya memulakan perbualan. Maybe kalau setakat hi, hello.. atau 5 minit pertama saya masih ok.. Selepas itu.. Krik krik krik.... 😂 Saya akan menjadi pendiam. Siou kio, kalau time meet-up tu saya diam2 saja, saya malu bah.. Hehe..., baru mo kasi kenal diri time 1st meet-up pun macam sya mo pengsan saja.. 😂😂..


source

Kenapa ramai orang beranggapan bahwa orang pendiam adalah orang yang sombong? Kerana....

Mereka menilai orang pendiam ini tidak suka bergaul, bahkan dianggap tidak mahu berkawan dengan orang-orang yang berada di sekitarnya. Lebih-lebih lagi orang pendiam ini cuma menjawab apabila ditanya saja. Memang ada beberapa orang pendiam yang memang memiliki sifat tertutup. Namun, tidak bererti orang pendiam itu adalah orang yang sombong.

Ada juga orang yang pendiam ini dianggap tidak menyukai dengan orang-orang yang berada di sekitarnya. Orang fikir " kalau suka kenapa tidak mau bergaul, kenapa diam saja?".. Ini juga penyebab mengapa orang pendiam ini dianggap sombong dan sukar mencari kawan. Anggapan ini tidak selalunya betul kerana memang ada orang pendiam yang memilih kawan yang faham dengannya namun begitu, diam tidak semestinya tidak suka dan sombong. Seperti yang saya sudah sebutkan tadi, orang pendiam ini biasanya memiliki sifat pemalu dan kesukaran untuk memulakan pergaulan.

Oleh kerana orang pendiam ini kurang berkomunikasi sehingga pita suaranya pun kurang dilatih. Apabila si pendiam ini mula bercakap orang akan mendengar suara dan nada yang tegas macam nada orang yang sedang marah atau tidak suka.

source

Ini menyebabkan orang lain beranggapan bahawa orang pendiam itu sombong, karena diajak bergaul sedikit, nadanya sudah lain macam tidak mesra. Padahal, orang pendiam ini sama sekali tidak bermaksud untuk bersikap sombong.

Namun begitu, sifat pendiam ini bukan bererti ia adalah sifat yang buruk. Ingatlah bahwa semua orang memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Jadi cubalah memahami mereka.

p/s: note to self : saya perlu berubah juga, cari ramai kawan dan cuba belajar untuk berkomunikasi dengan baik.

Sort:  

Orang pendiam sangat setia terhadap temannya
Orang pendiam bisa di jadikan sebagai teman.
Salam kenal #teammalaysia

Ya, saya setuju :)
Salam kenal @taqincz

Terima kasih kakak @arwine

kadang pemalu.. 🤣

😅😅😅

serius .. haha tp klo suda biasa.. jaga.. gear 5 melulu.. uwhaha

Hahaha...bgus lg gear 5..kalau efa gear 8 kli..hahhha

ndak apa.. janji happy.. uwahah.. kan.. hehe

Saya faham tu..
Klo sudah biasa..
Nah... Baru keluar taring 😂

🤣 taring level 5 pastinya hahaha

Saya suka ini..

Namun begitu, sifat pendiam ini bukan bererti ia adalah sifat yang buruk. Ingatlah bahwa semua orang memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Jadi cubalah memahami mereka.

Kita harus meletakkn diri kita pada mereka juga..bukan semua sama..

Ya, betul tu :)

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Send 0.01 SBD bids to @minnowbacker with the link to post you would like voted on as the memo! You will receive a 2x profit.

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by arwine from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.16
JST 0.030
BTC 68180.36
ETH 2642.05
USDT 1.00
SBD 2.70