Langkah-langkah menambahkan Steem Power (SP)
Steem Power adalah token yang membolehkan individu menentukan kadar nilai undi dalam bentuk peratusan semasa mengundi artikel yang dibaca. Steem Power yang besar akan menyebabkan ramai lagi yang akan mengikuti perkembangan artikel individu tersebut.
Seringkali apabila masa untuk menambahkan steem power ada saja yang serba serbi maklumat terlupa untuk diisi. Kemungkinan besar terlupa cara bagaimana untuk menambah steem power (SP).
Diharap dengan tercatitnya langkah-langkah ini dapat membantu para pengguna Steemit baharu dan pengguna-pengguna yang seringkali terlupa dalam masa yang sama mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan.
Tanpa membuang masa anda. Sila rujuk langkah-langkah berikut:-
Langkah 1.
Tekan ikon bernama “Wallet”. Sila lihat “STEEM DOLLARS” dan klik pada penanda seperti gambarajah dibawah. Setelah itu klik sekali lagi
Langkah 2.
Setelah tekan ikon "Market" maka terbuka lah satu lampiran seperti gambarajah dibawah. Sila masukkan nilai SBD yang akan ditukarkan ke Steem terlebih dahulu. Jika internet pada masa tersebut dalam stabil selalunya proses ini tidak mengambil masa yang lama untuk diproseskan. Nilai yang sedia tersenarai adalah nilai harga jualan pada masa pembelian anda. Lihat dibawah ada dinyatakan available price dengan lower price. Ini adalah pilihan anda sama ada mahu untuk pertukaran dengan segera dengan harga "available" atau menunggu sehingga ada yang sanggup membeli harga tawaran "lower price". Selalunya "lower price" lambat prosesnya berbanding dengan "available price".
Langkah 3.
Pada peringkat ini nilai SBD dan Steem akan tersenarai. Tekan Buy Steem untuk meneruskan pembelian steem power.
Langkah 4.
Selepas sahaja menekan "Buy Steem" ,diharap bersabar untuk menantikan lampiran untuk "confirmation limit order create". Ini adalah memastikan nilai yang anda telah beli. Jika betul tekan "OK ". jika salah tekan "cancel".
Seperti gambarajah di bawah.
Langkah 5.
Setelah selesai langkah 4, jika anda sedang menggunakan active password maka anda akan diperlukan memasukkan sekali lagi password. Kali ini adalah password owner key atau masterkey. Ini adalah ciri-ciri keselamatan akaun di Steemit. "Dinasihatkan simpankan password owner key atau masterkey dengan baik. Jangan dedahkan password anda pada sesiapa kecuali untuk saya." Gurau je....baiklah tumpukan perhatian pada gambarajah dibawah.
Langkah 6.
Langkah 6 adalah dimana proses sudah hampir selesai. Ini adalah proses dimana jika menggunakan lower price. Agak lama juga..Sila tekan semula ke "wallet" anda dan anda akan nampak indikasi seperti digambarajah ini:-
Langkah 7.
Jika dilihat pada history ia mengambil masa selama 46 saat untuk pertukaran itu dibuat. Sekarang akaun anda sudah mempunyai nilai Steem.
Langkah 8.
Tekan ikon "Steem" dan anda akan nampak senarai seperti di gambarajah dibawah. Langkah seterusnya adalah untuk memilih "Power Up" bagi proses untuk menambahkan steem power (SP)anda. Selesai lah sudah proses ini.
Berikut adalah artikel lain yang menarik untuk dibaca:-
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2.
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/perubahan-versi-lampu-kediaman-mengikut-perubahan-peredaraan-zaman
You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Buy dengan market sama ka?
Hi @mystiquemolly terima kasih atas pembetulan ini.
Hehehee ur welcomeee
Terima kasih atas sumbangan ilmu. Bersamalah kita menguatkan kuasa pengaruh kita dengan steem power.