INILAH BUKTI HUBUNGAN PERSAUDARAAN ANTARA "ACEH DENGAN MALAYSIA

in #sejarah7 years ago (edited)

image
Tun Seri Lanang menjadi Uleebalang (Raja) pertama Samalanga pada tahun 1613 sehingga 1659 Masihi.Perkara ini adalah diatas saranan dari putri Kamaliah, iaitu Puteri Pahang, Permaisuri Sultan Iskandar Muda (A.K.Yakobi, Aceh Dalam Perang Mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan 1945-1949). Pada hari ini Samalanga merupakan sebuah wilayah kecil yang terdiri dari 9 daerah, 3 daripadanya berada di wilayah mukim Pidie iaitu Ulim, Bandar Dua dan Jangka Buya. Sedangkan 6 mukim lagi berada dalam wilayah Bireun iaitu Samalanga, Simpang Mamplam, Pandrah, Jeunib, Peudada dan Juli. Terdapat 84 buah kampung (gampong) yang bergabung dalam 5 mukim di Samalanga dengan bilangan penduduknya lebih kurang 42,506 orang, 97% menjadi petani, 1% adalah pegawai negeri dan 2% pedagang . Penobatan Tun Sri Lanang menjadi Raja Samalanga mendapat dukungan rakyat, karena disamping dia ahli dibidang pemerintahan juga alim dalam ilmu agama dia juga adalah seorang Waliyullah. Sultan Iskandar Muda mengharapkan dengan penunjukan tersebut akan membantu pengembangan Islam di pesisir Timur Aceh. Dalam sarakata Ratu Safiatuddin Syah (1641-1675M) yang digazetkan pada tahun 1645 Masihi, baginda telah mengesahkan kembali Datok Bendahara yang disebut dengan nama Tun Seberang sebagai Raja Samalanga sebagaimana yang pengisytiharan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1613 Masihi .

        Perkara ini dikuatkan lagi dalam tahun 1958 Masihi, Lembaga Kebudayaan Aceh (LKA) telah menyusun salasilah raja-raja negeri Samalanga dan menegaskan bahawa raja pertama negeri tersebut adalah ‘Datok Bendahara Tun Muhammad Sari Lanang (1613-1659M) keturunan Maniparindam (Mani Purindan) bangsawan Malaya turunan dari Bukit Siguntang Mahamiru Batusawar Darussalam, Kerajaan Johor Lama.’ 

Peristiwa Laut

     Menurut cerita-cerita rakyat, sewaktu Tun Sri Lanang hendak dirajakan di Samalanga, a peristiwa getir yang harus dilalui oleh beliau . Hal itu karena adanya tentangan dari beberapa tokoh masyarakat yang dipimpin oleh Hakim Peut Misei. Dia justru menginginkan puaknyalah yang berhak menjadi raja pertama Samalanga. Setelah Hakim Peut Misei dan sebelas orang pemuka negeri lainnya bersama rakyat setempat selesai membuka negeri Samalanga, lalu mereka bermusyawarah untuk menentukan siapa diantara mereka yang berhak menjadi raja pertama Samalanga. Mengenai keuleebalangan Samalanga dan daerah takluknya, terjadi perselisihan dan perbedaan pendapat.

    Demi mengatasi perselisihan tersebut, atas saranan masyarakat, kedua belas orang besar tersebut kemudian menghadap sultan Iskandar Muda. Mereka menyerahkan keputusan tersebut kepada sultan, yang akan menentukan pilihan terbaiknya untuk memimpin negeri itu. Perkara ini sampai juga ketelinga Puteri Pahang. Dia mengetahui rencana pertemuan dua belas tokoh masyarakat yang akan menghadap sultan. Putri Pahang menginginkan ke-uleebalangan Samalanga dan daerah takluknya diisi oleh Datok Bendahara, yang bergelar Tun Sri Lanang, yang tak lain adalah saudaranya sendiri. Siasat pun diatur dan berbagai cara juga ditempuh. Lalu Tun Sri Lanang diperintahkan berlayar ke Samalanga, di sana dia harus berpura-pura sebagai seorang nelayan yang biasa tetapi ahli melihat bintang bagi maksud pandu arah laut.

    Berdasarkan rancangan Putri Pahang, Tun Sri Lanang dihantar dahulu ke Samalanga dan ke dua belas tokoh masyarakat tersebut diusahakan menggunakan jasa Tun Sri Lanang untuk berlayar ke Kuala Aceh menghadap Sultan. Pada hari yang telah di sepakati bersama, berangkatlah dua belas orang besar tersebut menghadap sultan dengan  didampingi seorang pawang dari kuala Samalanga menuju kuala Aceh. Ke dua belas orang itu kemudian bertemu dengan Sultan dan mengutarakan maksud dan tujuannya. Mereka lalu meminta kepada Sultan agar salah satu dari mereka dinobatkan menjadi uleebalang pertama Samalanga.

  Setelah meminta pendapat orang – orang besar kerajaan dan Puteri Pahang, Sultan setuju menobatkan salah satu dari mereka menjadi Raja pertama. Namun dengan satu syarat apabila cincin kerajaan yang telah disiapkan oleh Puteri Pahang mestilah serasi dengan jari kelingking mereka. Mereka lalu mecuba satu persatu di jari mereka, tetapi cincin kerajaan tersebut terlalu besar untuk dipakai pada jari kedua belas orang tersebut. Puteri Pahang menanyakan pada mereka apa ada orang lain yang tidak dibawa ke balai rung Istana? Mereka dengan hati kesal menjawab memang masih ada tukang perahu. Tun Sri Lanang pun kemudian dihadapkan kehadapan Sultan. Dia mencoba cincin kerajaan itu, ternyata sangat cocok untuk jari kelingkingnya. Karena itu kemudian Sultan Iskandar Muda menobatkan Tun Sri Lanang menjadi Raja pertama Samalanga. Namun sewaktu mereka pulang, Tun Sri Lanang tiba-tiba dibuang di tengah laut di kawasan Laweung.

 Kejadian tersebut kemudian dikenal dalam masyarakat Samalanga sebagai Peristiwa Laut. Beruntung, Tun Sri Lanang  diselamatakan oleh Maharaja Lela Keujroeun Tjoereh (Laweung). Setelah menyelamatkan Tun Sri Lanang, Maharaja Lela Keujroeun Tjoereh bersama T. Nek Meuraksa Panglima Nyak Doom menghadap Sultan. Mereka memberitahukan penemuan Tun Sri Lanang di tengah laut. Mendengar berita tersebut, Sultan sangat murka, dia kemudian memerintahkan Maharaja Goerah bersama T. Nek Meuraksa Panglima Nyak Doom dan Maharaja Lela Keujroeun Tjoereh menemani Tun Sri Lanang ke Samalanga. Hakim Peut Misee dan sebelas orang panitia persiapan keuleebalangan pun akhirnya dihukum pancung oleh sultan. Tun Sri Lanang menjadi Uleebalang pertama Samalanga pada tahun 1615-1659 M. 

Sebagai Raja Samalanga I

  Sejarah pemerintahan Tun Seri Lanang semasa menjadi Uleebalang atau Raja Kecil di wilayah Samalanga menjadi bukti kefahamannya yang mendalam tentang peranan Umara atau Ulil Amri sebagai kepala pemerintahan Islam, iaitu dalam tanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam (dunia dan akhirat) yang di bawah penaungannya. 

Ketua Agama Islam

 Tun Seri Lanang memerintah secara pro-aktif, bertindak menjadikan Samalanga pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh, dan tradisi ini terus berkekalan lama selepas kemangkatannya. Beberapa masjid seperti Kuta Blang, Masjid Raya, Masjid Matang Wakeuh, Tanjungan dan lain-lain lagi merupakan antara peninggalan Tun Seri Lanang di Aceh .

  Kegiatan pendidikan di tempat-tempat ibadat berlangsung di setiap perkampungan dalam wilayah Samalanga, ada yang belajar agama dan ada juga yang belajar sastera. Pembangunan sekolah-sekolah agama atau dayah juga amat pesat seperti dayah Kuta Blang yang dipimpin oleh Teungku Syeikh Abdul Jalil, dayah Mayang Cot Meurak oleh Teungku Syeikh Labba, dayah Masjid Raya oleh Teungku Syeikh Idris (Teungku Syik di Ribee), dayah Lueng Kubee oleh Teungku Syeikh Abdurrahim, dayah Tanjungan dan lain-lain lagi yang merupakan sekolah-sekolah agama tradisional, mengajar kitab-kitab asy-Syafi’iyah atau lebih dikenali dengan nama kitab-kitab kuning .

  Tun Sri Lanang adalah orang yang membangun Mesjid Raya Samalanga pada abad ke-17. Peletakan batu pertama untuk Mesjid tersebut dilakukan oleh Sultan Aceh Darussalam ke-22, Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam. Mesjid raya ini sekarang dikembangkan oleh lembaga MUDI MESRA (Ma'had 'Ulumul Diniyah Mesjid Raya) Pimpinan Tgk. Hasan Noel yang pada saat ini memiliki sekitar 3.000 pelajar.

   Pembinaan sekolah-sekolah agama atau dayah-dayah ini telahpun bermula semenjak Tun Seri Lanang menjadi penguasa di Samalanga, malahan apa yang paling menakjubkan ialah sebahagian daripada dayah-dayah tersebut masih hidup dan aktif lagi sehingga pada hari ini, walaupun telah hampir 400 tahun selepas kemangkatan Tun Seri Lanang. Masjid, pusat-pusat agama dan dayah-dayah yang mampu mempertahankan kewujudannya itu sudah tentu tidak terlepas daripada peranan Tun Seri Lanang yang telah membuat kebijakan untuk mewakafkan sebahagian besar dari hartanya untuk menghidupkan tempat-tempat agama ini. 

    Sehingga hari ini Samalanga tetap dikenali sebagai ’kota santri’ (kota pelajar) di Aceh, sehingga bolehlah dikatakan bahawa hampir seluruh alim-ulama dari berbagai pelosok Aceh merupakan alumni dayah-dayah di Samalanga . Malahan ada juga penuntut-penuntut agama di Samalanga yang datang dari Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand . 

    Tradisi pemesatan syiar Islam di Samalanga yang terus dikekalkan oleh keturunan Tun Seri Lanang sebagai uleebalang-uleebalang berikutnya telah berhasil meneguhkan jatidiri rakyatnya. Sehingga wilayah tersebut menjadi kubu kuat umat Islam di Aceh, dikenali sebagai daerah pejuang dalam masa-masa belakangan apabila terjadinya perang jihad dengan penceroboh Belanda pada tahun 1873-1942 Masihi 

Ekonomi dan Pertahanan

   Tun Seri Lanang juga tidak lupa untuk mengurus kebajikan duniawi rakyatnya dengan memesatkan aktiviti pertanian. Baginda telah memerintahkan supaya dibina perahu-perahu yang besar dan kukuh untuk menyeberangi lautan dan sungai-sungai besar bagi melicinkan pengurusan ekonomi dan pertahanan wilayahnya. Beliau mempergunakan pengalaman peranan baginda sebagai Bendahara di Johor untuk memajukan Samalanga. Mengikut pendapatnya bahawa sesuatu negeri akan kuat apabila ia berdagang dengan negeri-negeri lain. Kewibawaan Tun Seri Lanang dalam mengatur negeri disamping memenuhi tuntutan menjaga kepentingan Islam. 

  Penduduk wilayah Samalanga yang sebelum itu menurun drastik akibat peperangan di zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pemerintahan Sultan Iskandar Muda telah memindahkan sekitar 22.000 penduduk Semenanjung Melayu ke Aceh dikarenakan penduduk Aceh telah berkurang mendadak karena perang selama 130 tahun. Sebagian besar dari ke 22.000 warga pindahan itu ditempatkan di Samalanga  dan Seulimuem .

   Aspek pertahanan pun diambil berat oleh baginda, hingga wilayah tersebut menjadi kubu kuat umat Islam di Aceh, dikenali sebagai daerah pejuang dalam perang Belanda dalam akhir abad ke19. Malahan Sultan Muhammad Daud Syah yang merupakan pemerintah Kesultanan Aceh Darussalam yang terakhir pernah menjadikan wilayah Samalanga tempat persembunyiannya bersama para mujahidin yang lain dalam perang gerila menentang Belanda , sehingga dapat ditangkap oleh Van Heutzh dalam tahun 1903 Masihi dan meninggal dalam pembuangan di Jatinegara Jakarata tahun 1939 Masihi.

Aspek ketamadunan dan kebudayaan

   Di dalam buku H.M Zainuddin bahawa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pernah menitahkan kepada seorang ulama dan pengarang Aceh yang terkenal dan tersohor iaitu Syeikh Nuruddin ar-Raniri untuk membangunkan kesusasteraan di Aceh serta memperbanyakkan lembaga pendidikan dan kepada ulama besar ini diperbantukan 3 orang ahli bahasa dan sejarah iaitu Tun Seri Lanang, Raja Sulong dan Tun Burhat yang ditawan baginda semasa peperangan dengan Pahang dalam tahun 1617 Masihi . 

    Selain itu untuk membangun semangat pemuda ke arah kesatria (peperangan), baginda juga menitahkan agar disalin kitab-kitab peperangan seperti Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Hasan-Husin, Hikayat Raja Badar (perang Badar) dan Hikayat Amir Hamzah, diterjemah dari Bahasa Arab ke Bahasa Jawi (Melayu) mahupun Aceh. Untuk misi ini baginda telah menetapkan Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Tun Seri Lanang, putera Tun Seri Lanang yang bernama Tun Aceh dan Tun Burhat. Hikayat-hikayat tersebut kemudian dibacakan di tiap-tiap kampung sehingga berhasil membakar semangat para pemuda serta meningkatkan daya juang untuk menentang usaha penjajahan penceroboh Eropah ke atas daulah-daulah Islamiyyah di Nusantara. 

Raja Samalanga di Zaman Sultanah Safiyatuddin

    Apabila berlakunya peristiwa hitam dalam sejarah Aceh di zaman pemerintahan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah, iaitu tercetusnya pertikaian antara aliran Wahdatul Wujud dengan aliran Wahdatus Syuhud sehingga banyaknya kitab-kitab agama dibakar, hal ini menjadi antara sebab kepulangan Syeikh Nurudin ar-Raniry ke kampung halamannya di Rander Gujerat, India, iaitu pada tahun 1644 Masihi setelah berada di Aceh semenjak tahun 1637 Masihi. 

   Sekitar masa itulah Tun Seri Lanang mengambil keputusan untuk kembali ke Johor, iaitu lebih tepatnya pada tahun 1055 Hijrah bersamaan 1645 Masihi lalu menghadap Sultanah Safiatuddin untuk mengemukakan hasratnya. Bagaimanapun permohonan Tun Seri Lanang telah ditolak oleh Safiatuddin, malah baginda mengukuhkannya kembali kedudukan beliau sebagai Uleebalang Samalanga dan penasihat baginda dengan menyalin kembali sarakata (mohor) yang pernah dikeluarkan oleh Sultan Iskandar Muda pada tahun 1025 Hijrah bersamaan 1613 Masihi. 

   Sumber sejarah Johor Lama menyebut bahawa Tun Seri Lanang lahir pada tahun 1565 Masihi, sedangkan menurut sumber Samalanga (Aceh) mangkatnya adalah dalam tahun 1659 Masihi, bermakna umurnya sampai akhir hayat adalah 94 tahun. Beliau dimakamkan Samalanga dekat madrassah yang dibangunnya di  desa  Meunasah Leung, Kuta Blang, Samalanga.

Ini lah bukti aceh dgn malaysia adalah bersaudara...

Sort:  

Go here https://steemit.com/@a-a-a to get your post resteemed to over 72,000 followers.

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.27
JST 0.041
BTC 103974.03
ETH 3835.41
SBD 3.29