Fikiranku

in #puisi6 years ago

IMG_4799.JPG


Fikiranku, celaka!
Anggapanku, gila!
Mereka, cinta
Dan yang lain, bahagia

Mahu pandang ke atas
Menembus bumbung melihat langit
Tapi langit malu
Berselimut awan yang kelabu

Sudah, jangan diusik!
Gusar dia menangis lagi
Takut badai melanda
Jemuranku tidak kering

Nah, jemuran dia juga
Jemuran kau, kita dan mereka
Semua dan segalanya
Ya, bukan aku sahaja

Aku tidak pentingkan diri
Bersembunyi daripada api
Membiarkan yang lain rentung
Membakar keseluruhan kampung

Tapi harusnya bagaimana
Aku tidak tahu mengolah bicara
Lidahku bisu
Fikiranku buntu

Noah, July 04, 2018
image source

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.25
JST 0.037
BTC 96709.35
ETH 3340.46
USDT 1.00
SBD 3.16