Poetry * TAK MENGAPA *

in #poetry6 years ago (edited)

image

Selamanya takdir takkan mengizinkan

bumi bercantum dengan langit
mana mungkin chendrawasih
terbang seiringan bersama pipit
usah khuatir menaruh bimbang
lumpur akan sentiasa berada di petak bendang
antah takkan dikutip orang
hanya untuk dipatuk
buat mengenyangkan ayam
Pertimbangan ini masih waras
keinginan yang besar tak terdaya disanggupi
selera berhidang mahligai raja hanya termampu diisi dengan sesuap nasi
biarlah impian terus kekal
sebagai kerdipan bintang dan cahaya rembulan
hanya mengisi jangkau pandangan
mustahil untuk mendapatkan
sepertimana kesudian butiran pasir
di telapak tangan
Semangkuk gula
takkan mampu memaniskan selautan garam
begitulah manusia
dengan permainan darjatnya
cinta itu masih lagi berhukum dan tertakluk dengan kasta
membezakan luaran
sebagai syarat perjanjian bahagia
sedangkan warna darah kita adalah sama
Biarlah begini
selamanya kaki ini memijak di bumi
jangan curiga menyimpan wasangka
bahawa kakiku cuba untuk memanjat
tangga angin untuk menuju jalan ke syurga
biar terpuruk sendiri
di hadapan cermin bergeming menyedari asa....*

** Thanks for visiting my support**

@muksinnaga


**Follow & Resteem Upvote**

Sort:  

Puisi yang sangat menyentuh

Coin Marketplace

STEEM 0.15
TRX 0.16
JST 0.028
BTC 67807.24
ETH 2423.65
USDT 1.00
SBD 2.33