Rakyat Malaysia terus yakin dengan HUAWEI

in #partiko5 years ago (edited)

My metro > mutakhir

SEJAK awal lagi, kualiti telefon pintar keluaran HUAWEI tidak pernah mengecewakan terutama pengguna di Malaysia maka tidak hairanlah apabila ia dijual melebihi 200 juta telefon pintar di seluruh dunia tahun lalu.

Syarikat telekomunikasi berpangkalan di China itu memperoleh peningkatan jualan di kalangan pengguna tempatan hingga mendapat pengiktirafan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Persidangan Ke-25, “The Future of Asia in Jepun’, baru-baru ini.

Mengapa rakyat Malaysia tetap memilih HUAWEI walaupun timbul pelbagai spekulasi mengenai syarikat telefon terbaik. Tidak dinafikan salah satu sebab HUAWEI menjadi pilihan kerana satu-satunya telefon pintar android yang lebih selamat.

Sejak Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan firma negara itu menjual atau memindahkan teknologi kepada HUAWEI, pelbagai reaksi diterima pengguna di Malaysia.

Malah, Google yang memiliki Android, sistem operasi digunakan kebanyakan telefon di dunia, pada minggu ini memberitahu untuk memutuskan hubungan dengan HUAWEI susulan sekatan berkenaan.

Namun, tindakan AS dan Google tidak menjejaskan reputasi HUAWEI. Spekulasi menunjukkan bahawa model terunggul HUAWEI Siri P30 masih laris di pasaran Malaysia, seperti dimaklumkan sumber.

Nampaknya kebanyakan pengguna di Malaysia tetap yakin terhadap produk HUAWEI di tengah-tengah ketegangan larangan perdagangan ini dari AS.

Selepas pengumuman larangan perdagangan, majoriti warga di Malaysia menunjukkan sokongan kepada HUAWEI termasuk mendedahkan pembelian telefon pintar jenama itu kepada media sosial baru-baru ini.

Bagaimana pula keyakinan terhadap pengguna HUAWEI?

✅Keunggulan produk itu sendiri
✅HUAWEI memiliki Pelan B untuk berdepan situasi semasa supaya pengguna tidak risau.
✅Pemeliharaan dan penjagaan yang berterusan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 2:41 PM

Posted using Partiko iOS

Sort:  

Congratulations @adychucky88! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

You distributed more than 50 upvotes. Your next target is to reach 100 upvotes.
You received more than 100 upvotes. Your next target is to reach 250 upvotes.

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.17
JST 0.029
BTC 69510.55
ETH 2492.25
USDT 1.00
SBD 2.55