Cara Untuk Membeli Token MBRS

in #mbrs7 years ago (edited)

Ramai kawan-kawan yg bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk dapatkan token MBRS dari EtherDelta.

Ok caranya mudah saja. Saya akan terangkan secara step-by-step.

Mula-mula sekali, kita kena dapatkan Bitcoin dulu, sebab setakat ini belum ada lagi perkhidmatan exchanger yang menyediakan khidmat pertukaran Ringgit Malaysia kepada Ethereum.

Untuk dapatkan Bitcoin, mula-mula, kita kena pergi ke website https://LocalBitcoins.com. Pastikan alamat yg anda taip tu betul untuk mengelakkan anda daripada phishing scam.

Daftarkan akaun dan anda sudah boleh mula berurusniaga.

Amaun paling kecil yg seller akan terima melalui website ini ialah RM50 untuk pembelian Bitcoin.

Step 1.JPG

Selepas selesai berurusniaga dengan penjual Bitcoin di LocalBitcoins, kita teruskan dengan membeli Ethereum.

Anda akan nampak ada balance di wallet LocalBitcoin. Biarkan dulu. Kita akan pindahkan Bitcoin ini ke akaun exchanger nanti untuk tujuan penukaran kepada Ethereum.

Step 2 - LocalBitcoinWallet.JPG

Ada banyak exchanger yg boleh digunakan untuk menukar Bitcoin kepada Ethereum. Boleh tgk di link ini untuk senarai penuh exchanger - https://coinmarketcap.com/currencies/ethereum/#markets

Untuk tutorial ini, kita akan gunakan Cryptopia - https://www.cryptopia.co.nz/

Daftarkan akaun anda & anda sudah boleh mula berurusniaga.

Masuk ke ruangan wallet dan klik pada deposit. Anda akan diberikan satu wallet bitcoin. Copy alamat tersebut dan masukkan di ruangan withdraw di website LocalBitcoins tadi. Transaksi akan mengambil masa jadi sila bersabar.

Setelah balance Bitcoin anda dikemaskini, anda bolehlah mendapatkan Ethereum di https://www.cryptopia.co.nz/Exchange?market=ETH_BTC

Untuk membeli Ethereum, klik pada ruangan Sell order. Carilah harga termurah untuk membeli Ethereum anda. Biasanya harga paling murah akan berada di atas sekali.

![Step 2 - Cryptopia.JPG] ()

Setelah mendapat Ethereum anda, sila gunakan dapatkan Google Chrome plugin https://MetaMask.io

Step 5 - MetaMask.JPG

Selepas selesai install, anda akan dapat lihat plugin ini berada di sebelah kiri browser Google Chrome.

Step 6 - Install Done.JPG

Langkah seterusnya, masukkan maklumat smart contract MBRS

https://etherscan.io/token/0x386467f1f3ddbe832448650418311a479eecfc57?a=0xf414413855d61cf3b126dfc6c3e19113b37837ec

ke plugin Meta Mask dgn memasukkan maklumat berikut

Token Address: 0x386467f1f3ddbe832448650418311a479eecfc57
Token Symbol: MBRS
Decimal: 0

Selepas itu, masuklah ke Etherdelta untuk melakukan urusniaga https://etherdelta.github.io/#MBRS-ETH

Sebelum itu, kita kena import akaun MetaMask ke Etherdelta dulu.

Step 9 - Import Account.JPG

Selepas itu, anda perlu depositkan Ethereum tadi dari Wallet anda ke dalam akaun EtherDelta.

Step 9A - Deposit Ether.JPG

Apabila Ethereum anda telah dimasukkan ke dalam akaun, bolehlah mula berurusniaga dan membeli token MBRS.

Step 10 - Buy MBRS.JPG

Setelah selesai semua step di atas, anda telahpun berjaya memilik token MBRS. Taniah!

Jika ada apa-apa soalan berkaitan MBRS atau apa-apa cryptocurrency lain, jangan segan untuk ajukan soalan di dalam group Telegram Bincang Crypto. Segala perbincangan adalah terbuka untuk apa-apa jenis cryptocurrency https://t.me/bincangcrypto

Sort:  

Great work!

Thanks @mal402 :)

Coin Marketplace

STEEM 0.21
TRX 0.25
JST 0.038
BTC 95554.61
ETH 3368.38
USDT 1.00
SBD 3.14