Bitpoint Crypto Exchanger mula luaskan sayapnya ke Malaysia

in #marketdemon7 years ago

bitpoint.jpg

17 Mei 2018 - Bitpoint sebuah syarikat Crypto Exchanger yang diluluskan oleh kerajaan Jepun telah memasuki pasaran cryptocurrency Malaysia. Maklum bahawa, kerajaan Jepun melalui Financial Services Agency (FSA) mengamalkan peraturan yang ketat terhadap pengusaha-pengusaha Crypto Exchanger selepas tragedi Mt. Gox dan Coincheck. Bitpoint adalah anak syarikat Remixpoint (3285.T), sebuah syarikat tersenarai di papan Tokyo Stock Exchange.

Hari ini, Bitpoint telah memasuki lima negara termasuk Jepun, South Korea, Taiwan, Hong Kong dan Malaysia.

Buat masa ini hanya lima cryptocurrencies yang tersenarai untuk didagangkan iaitu:
1- Bitcoin (BTC)
2- Ethereum (ETH)
2- Bitcoincash (BCH)
4- Litecoin (LTC) dan
5- Ripple (XRP)

Sekiranya anda berhasrat untuk mendaftar, silakan ke laman web Bitpoint Malaysia di https://www.bitpoint.com.my/

Semakan Market Demon mendapati laman web Bitpoint adalah live dan berfungsi dengan baik. Seperti kebiasaan, salinan kad pengenalan dan bukti utiliti diperlukan bagi proses pendaftaran dan ia juga menyokong transaksi melalui bank-bank tempatan. Buat masa ini, pendaftaran dan dagangan kecuali (spot trading) adalah PERCUMA.

Selamat berdagang!

Untitled.png

2.png

3.png

Sumber :- Market Demon

Sort:  

Coins mentioned in post:

CoinPrice (USD)📈 24h📉 7d
BCHBitcoin Cash1257.150$1.64%-11.57%
BTCBitcoin8503.800$1.94%-0.88%
ETHEthereum711.958$-0.01%-0.91%
LTCLitecoin136.330$-0.28%-3.5%
XRPRipple0.693$1.08%-5.83%

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.25
JST 0.038
BTC 97272.68
ETH 3373.70
USDT 1.00
SBD 3.13