Petua Orang Lama (PB #8)

in #malaysia7 years ago (edited)

DAUN DUKUNG ANAK nampak je macam bodoh-bodoh pokok ni tumbuh tepi jalan, tepi pasu tapi tak sangka sebenarnya banyak khasiat dia.

photo6278285328624232446.jpg

Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum, bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL. Ini pun baru tahu sebab ada kawan tag tentang manfaat pokok ni.

Kalau korang google, banyak lagi khasiat-khasiat lain antaranya bagus untuk merawat jaundis ( penyakit kuning ) bagi baby yang baru lahir. Untuk kaum lelaki pulak, orang kata daun dukung anak ni boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Dan ada jugak yang amalkan minum air daun dukung anak ni sebagai booster kepada masalah keletihan (pengganti ketum ! Haha ) .

Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat. Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air rebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum "aktiviti" anda. Selamat mencuba !

Tips nk rebus untuk ikhtiar hamil :
Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air. Rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
100% SBD dari post ini untuk projek baju MSC. Terima kasih atas sokongan anda.

msc2.png

Sort:  

@minnowpond1 has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowponds team on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond.

        To receive an upvote send 0.25 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an reSteem send 0.75 SBD to @minnowpond with your posts url as the memo
        To receive an upvote and a reSteem send 1.00SBD to @minnowpond with your posts url as the memo

Coin Marketplace

STEEM 0.23
TRX 0.21
JST 0.035
BTC 98823.85
ETH 3347.31
USDT 1.00
SBD 3.15