HARI MALAYSIA: 6 PERKARA KITA HARUS TAHU KENAPA 16 SEPTEMBER

in #malaysia7 years ago

21740130_10155763068315238_5211068698533954598_n.jpg
Esok, 16 September, rakyat Malaysia akan merayakan Hari Malaysia. Britain dan Persekutuan Tanah Melayu telah merancang dengan rapi dan semua pihak telah bersetuju agar pengisytiharan negara baharu, Persekutuan Malaysia diadakan pada 31 Ogos 1963. Pada masa itu takdir dalam sejarah terjadi; manusia boleh merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Dan kita harus menginsafi ini dan ada 6 perkara kita harus tahu kenapa tarikh ini, 16 September, esok, menjadi tarikh yang bersejarah.

  1. Hari Malaysia adalah nama asal perayaan pada tahun 1963, 52 tahun lalu.
  1. Sepatutnya perayaan ini disambut sehati sejiwa pada 31 Ogos 1963 dengan hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah diumumkan oleh Britain dan P. Tanah Melayu pada 9 Julai 1963 sempena mementerai Perjanjian Malaysia di London.
  1. Pada bulan Januari 1963 Filipina secara rasmi menentang penubuhkan Malaysia dan diikuti konfrontasi yang dicetuskan oleh Indonesia pada 23 Julai 1963.
  1. Manila Summit yang membawa Filipina, Indonesia dan P. Tanah Melayu ke meja perundingan bersetuju meredakan keadaan dengan menjemput PBB menghantar United Nation Malaysia Mission (UNMM) untuk meninjau suara rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia dan hanya selesai pada 13 September 1963.
  1. Sarawak hanya dapat menentukan Gabenor pertama pada 13 September 1963 setelah terdapat persaingan sengit antara Datu Abang Hj . Openg dan Penghulu Jugah anak Barieng.
    21761963_10155763065375238_2201434603797266677_n.jpg

  2. Pada malam ini pada tahun 1963 anasir komunis telah mengebom Open Market di Kuching yang menyebabkan perarakan tanglung dan kereta berhias Sarawak Merdeka dibatalkan.

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.20
JST 0.038
BTC 95463.81
ETH 3628.72
USDT 1.00
SBD 3.79