Ada apa dengan 'kawan'?

in #life7 years ago

IMG_9943.JPG

Saya tidak menyangka bahawa perasaan berdebar saya sepanjang pagi itu berhubungkait dengan peristiwa pemberhentian kerja atau 'diberikan cuti sementara' istilahnya yang digunapakai mereka. Tidak seperti selalu, sesudah saya merekodkan waktu masuk, saya terus diarahkan untuk tunggu sebentar di ruang keselamatan yang biasanya adalah tempat soal siasat bagi pekerja yang melakukan kesalahan. Saya menjadi bingung dan seperti hendak pecah dada saya kerana seingat saya saya tidak pernah lewat masuk kerja dan tidak pernah balik terlalu awal atau saya bukanlah jenis manusia yang suka menimbulkan masalah. Saya menjadi semakin berdebar apabila melihat mereka membuat panggilan ke Jabatan Sumber Manusia iaitu jabatan tempat saya berkerja selama ini untuk memaklumkan yang saya telah masuk kerja, oh, sudah pasti mereka membuat panggilan kepada ketua Jabatan.

Kerana tidak tahu hujung pangkal cerita, saya bertanya kepada pegawai eksekutif yang bertugas, apa sebenarnya yang terjadi. Memandangkan saya selalu berurusan dengan mereka kerana saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal gaji-gaji pekerja, sudah tentu mereka juga hendak membina hubungan baik dengan saya. Dari riak wajah pegawai tersebut, jelas kelihatan perasaan serba salah untuk berterus terang dengan saya, namun begitu dia menjelaskan juga walaupun kelihatan berat untuknya, bahawa saya diberikan cuti tanpa gaji untuk siasatan tatatertib. Nasib baiklah ketika itu saya tengah duduk, kalaulah posisi saya ketika itu sedang berdiri atau meneguk kopi, sudah tentu saya terjelepuk jatuh sambil menyemburkan kopi yang ada didalam mulut saya.

Belum sempat saya bertanya lanjut, pegawai tersebut seolah-olah faham kekeruhan diwajah saya, dia menyatakan yang dia juga terkejut apabila diminta melakukan siasatan keatas saya, kerana baginya, sepanjang dia mengenali saya, saya bukanlah jenis pekerja yang selalu menimbulkan masalah, rajin menjawab atau memprotes ketua atau senang cerita saya adalah pekerja yang disenangi oleh ramai pekerja dan zero masalah disiplin. Sambil dia menjelaskan pada saya yang terpinga-pinga, dia mengeluarkan segala nota milik saya yang selalu berada diatas meja saya selama ini, sudah tentu mereka menyiasat sekiranya saya ada mencatatkan plot-plot tertentu atau apa-apa sahaja contengan yang boleh digunapakai untuk mensabitkan kesalahan saya. Tetapi saya amat yakin yang mereka tidak akan menjumpai apa-apa didalam nota tersebut kerana segala catatan adalah berkaitan kerja sahaja. Sekiranya ada catatan peribadi pastinya senarai apa yang ingin saya beli sekiranya seusai waktu pejabat.

Sesudah mendengar segala-galanya tentang keraguan mereka, saya amat pasti yang semua ini adalah fitnah dan saya sangat mengenali siapa yang membawa mulut sehingga saya dikenakan tindakan sebegini. Hancur hati saya bercampur geram kerana selama ini saya menganggap orang yang menyampaikan fitnah tersebut adalah kawan, rupanya seorang manusia yang tidak boleh dipercayai. Saya bernasib baik kerana selama ini saya menguruskan sumber manusia, dan saya sangat arif dengan protokol pekerja. Saya mengambil tindakan untuk berhenti pada hari itu juga kerana bagi saya tiada guna bekerja dengan manusia yang tidak boleh dipercayai dan ketua yang sentiasa meragui saya. Lantas saya menghubungi suami saya untuk patah balik mengambil saya pulang kerumah. Kepada suami yang dapat membaca air muka saya yang keruh dan mendung saya ceritakan segalanya setelah diasak dengan pertanyaan. Mujurlah suami saya sangat memahami saya, dengan kata-kata "jangan menangis, berhenti kerja bukan bermaksud kita akan mati, banyak lagi peluang selepas ini!". Setelah mendengar kata-kata suami saya, sesampai sahaja dirumah saya mula menaip surat perletakan jawatan dan menuntut baki gaji yang belum diberikan.

Peristiwa ini banyak memberikan pengajaran kepada saya, salah satunya jangan mudah percaya kepada sesiapa, dan rezeki kita bukannya bergantung kepada majikan, kerana semua itu adalah kuasa Allah SWT. Dan sehingga ke hari ini saya bahagia dan gembira tidak keluar bekerja dan berjumpa dengan manusia yang bermuka-muka, kerana saya gembira melakukan kerja-kerja penulisan saya dari rumah sahaja ditambah pula dengan bonus saya boleh menjaga dan melihat anak-anak saya membesar dengan penuh perhatian daripada saya.

Dalm hidup Kita boleh memilih sama ada berada dalam lingkungan suasana yang negatif atau memilih melakukan perkara yang menggembirakan. Meneruskan bersedih, merungut atau menyalahkan orang lain, atau berlapang dada dengan setiap kejadian dan percaya ada sesuatu yang sangat istimewa sedang menunggu kita. Bersyukurlah sentiasa.

Sort:  

Congratulations @zellina! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

You got your First payout

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.25
JST 0.039
BTC 94802.39
ETH 3313.10
USDT 1.00
SBD 3.32