Aku Kaya Mendadak #seri 2
https://steemit.com/indonesia/@winruhdikopi/aku-kaya-mendadak
Kisah kulanjutkan. Tadi pagi ngak bisa kuteruskan karena mengantuk berat. Penemuan koin secara tak terduga itu. Oh ya ini fotonya
Membuatku berkhayal. Memasuki dunia angan lebih jauh dan dalam. Meski belum tahu nilai tukarnya, aku sudah menghayal banyak.
Sungguh imaginer liarku melesat mengembara jauh. Rumah mewah dan mobil, meski tak baru, tapi mentereng lah. Sebagaimana standar hidup modern saat ini. Rumah mewah, mobil mewah, dan stm, eh atm terisi penuh dan bisa digesek kapan perlu.
Karena gengsi dan harga diri seseorang yang dianggap terhormat, ya seperti gambaran itu tadi. Seperti gaya anggota dpra (k).
Aku memarkirkan mobil di tepi kampung Wihni Kuli pada hari minggu. Saat ke kebun dengan anak istriku. Karena mobil tak bisa sampai kebun. Jalan kesana baru bukaan. Dananya dari aspirasi anggota dprk.
Pak Aman Mahdalena, tetangga kebunku tampak heran. Kini aku datang dengan mobil terbilang mewah. Padahal, dua minggu lalu, aku masih naik motor matic berempat.
Istri dan seorang anakku di belakangku. Dan seorang lagi anakku, duduk didepan berdiri. Ditambah beberapa peralatan lainnya. Memenuhi semua bagian motor matic itu.
Sering kudengar sambil lewat, tetanggaku berucap, "tambah lagi....", kata Aman Nazwa sambil tertawa saat keluargaku lewat.
Tak bisa menahan rasa penasarannya, melihat perubahanku, Pak Aman Mahdalena mendatangiku setelah memarkir kenderaaan roda empatku, tak jauh dari rumahnya.
"Yah genancing kali udah ge. Ini nampaknya bukan hasil panen kopi. Ini mungkin hasil jual warisan..." tanya Pak Aman Mahdalena sekenanya. Kejujuran pertanyaan tanpa basa-basi. Aku tersenyum.
"Eleh, ada sikit tanah warisan Alik anak-anakni kena proyek" 'jawabku sekenanya agar cepat berlalu. Tak mungkin sekarang kujelaskan, semua benda ini berasal dari penemuan uang koin yang ngak jelas dari era kapan itu. Terlalu panjang waktunya. Sementara kami terbiasa makan pagi di kebun. Berangkat dari rumah setelah subuh.
Setelah penemuan koin atau mata uang aneh itu, aku mulai mencari tahu. Apakah nama barang yang kudapat ini?.
Diantaranya, memasang gambarnya di laman facebook dan instagramku.
Jawaban yang muncul beragam. Ada yang menyebut uang "Ringit Atjeh. Uang Pa. Mata Uang Linge. Mata Uang Lingga Riau dll".
Aku mengirim juga fotonya pada Herman Syah, peneliti dari UIN Arraniry, kandidat Doktor di Jerman. Herman Syah adalah ahli manuskrip Aceh.
Di facebook, tanggapan ilmiah dan masuk akal datang dari seorang kolegaku dari Puncak Alam, Malaysia. Kami sudah lama berteman dan berbisnis kupi. Khirul Azhar Hj Thalib.
Menurut bang Khirul, temuanku itu adalah syiling Yassin 1. Syiling Yassin ini banyak jenisnya. Dan paling menyentakku adalah harganya murah. Alamak!.
Tak puas dengan jawaban bang Khirul, akupun berselancar. Demi menjawab gerahnya tanyaku. Dan sebuah jawaban kutemukan.
(http://www.malaysiancoin.com/2013/01/duit-syiling-yasin-misteri-mitos-mistik.html?m=1)
Duit syiling Yasin: misteri, mitos & mistik
Malaysia Coin 1/05/2013 09:38:00 PM
Ramai yang bertanyakan kepada saya berkenaan dengan duit syiling Yasin. Adakah ianya salah satu duit syiling yang pernah digunakan di Tanah Melayu suatu waktu dulu? Kenapakah harganya boleh mencecah sehingga beribu ringgit? Persoalan yang hampir serupa diajukan kepada saya daripada mereka yang memilikinya.
Baru-baru ini, ada pembaca yang bertanyakan tentang duit syiling Yasin ini kepada saya. Pada asalnya saya tidak berminat untuk menjawabnya kerana bagi saya duit syiling ini hanya mempunyai nilai misteri, mitos dan mistik. Kemudian, saya teringatkan beberapa perkara yang pernah diceritakan kepada saya mengenai duit ini yang saya rasa mungkin tidak ada dikongsi oleh sesiapa lagi
Jika ada pakar yang lebih tahu berkenaan dengan sebarang perkara yang dibincangkan didalam entri ini, mohon perbetulkan jika ada kesilapan yang saya catatkan disini.
Namun, jika anda "pakar mistik" sahaja, mohon tak perlu berhubung dengan saya dan bercerita tentang dunia mistik anda. Cukup-cukuplah menipu orang dan mengaut keuntungan dari kebodohan orang lain, tak perlu hendak menipu pembaca dan saya.
Pelik tetapi benar, ada muzium yang mempamerkan duit ini sebagai duit yang pernah digunakan di Tanah Melayu. Namun, tidak dinyatakan kerajaan lama mana yang pernah menggunakannya. Apabila ahli muzium sendiri pun tidak belajar sejarah, maka orang biasa suatu hari nanti akan turut sama buta sejarah.
Kenapa perkataan Yassin digunakan.
Umum mengetahui, nama syiling itu dikenali sebagai "Duit Yassin" kerana tulisan Yassin yang ada pada duit tersebut. Pendapat peribadi saya sahaja, mungkin kerana surah Yasin itu mempunyai banyak kegunaannya didalam perubatan. Sebagai contoh, Amalan membaca Yasin 7 Mubin dikatakan dapat melindungi pembacanya daripada sihir dan mengubati orang yang sakit. Justeru itu, tidak hairanlah jika duit Yasin 7 diantara duit yang popular dicari oleh pengemar/ pengumpul duit ini.
Jangan tanya saya boleh atau tidak menggunakan tulisan Yasin pada duit syiling sebab saya bukan Ustaz atau orang yang layak untuk menjawabnya. Namun, sebaiknya jangan dibawa duit itu ditempat yang kotor seperti tandas dsbnya.
Asal-usul Duit Yasin.
Daripada apa yang diceritakan kepada saya, duit Yasin yang asli asalnya daripada Indonesia. Duit ini dibawa ke tanah melayu "kosong" tidak ada khadamnya dan apabila ianya sampai ke tanah melayu, duit ini akan diisi dengan khadam (jin atau syaitan) menurut kehendak pemakainya. Biasanya ada yang meminta supaya dilariskan jualan, menjadi kebal, sebagai pelindung dari sihir (santau dsbnya) serta kejahatan dan juga menjadi kuat.
Buku "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb dan diterbitkan oleh British Museum ada memasukkan duit syiling ini didalam buku tersebut. Penulisannya adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu kita, pada zaman 1800an pun duit ini sudah wujud.
Pendapat peribadi saya, Duit syiling Yasin ini hanyalah salah satu duit fantasi yang dibuat untuk tujuan mistik dan digunakan sebagai tangkal & azimat (charm). Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila gambar manusia yang ada didalam duit syiling itu dikatakan menyerupai Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Isa, Nabi Khidir dsbnya serta tahun pada duit syiling itu diletakkan tarikh-tarikh penting didalam kehidupan Nabi dan Rasul Allah tersebut.
Ramai yang beranggapan yang duit syiling ini digunakan ketika zaman nabi lagi dan tanggapan itu adalah silap. Mustahil ianya digunakan pada zaman nabi tetapi tidak ada rekod ditemui di negara lain. Setakat yang saya tahu, duit ini hanya ditemui di Malaysia dan Indonesia sahaja.
Pada ketika ini, ada banyak duit syiling Yasin yang palsu. Untuk memeriksanya cukup mudah, permukaan duit palsu ini tidak secantik duit yang asli, akan ada lubang-lubang halus dipermukaannya.
Mereka membuat duit syiling palsu kerana mudah mendapat untung dengan duit syiling ini kerana ramai orang Melayu yang percaya kepada perkara khurafat dan tahyul. Kos untuk membuat duit syiling tak sampai RM5 tapi jual RM30, dah untung banyak. Kadang-kadang, boleh untung beribu ringgit jika ada orang kaya atau kaki judi yang mencari "duit yasin yang rare" untuk dijadikan ibu duit dan sebagainya. Ini peluang perniagaan yang memang boleh mengaut keuntungan tinggi.
Adakah duit ini adalah duit syiling?
Bentuk bulat dan mempunyai gambar, tarikh dan tulisan ataupun nilai denominasi sekalipun tidak akan menjadi duit syiling selagi tidak ada negara yang mengunakannya. Bagi saya, duit ini hanya medallion dan bukannya duit syiling. Ianya lebih banyak digunakan sebagai azimat atau talisman. Ianya tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara dan mana-mana kerajaan lama yang wujud ditanah melayu. Ianya juga tidak mempunyai nilai matawang dan juga tidak mempunyai nilai yang tinggi dari segi numismatik.
Logam yang digunakan
Ada yang dikatakan dibuat dari timah putih, tembaga putih, tembaga merah, tembaga hitam, tembaga kuning, perak, emas dan juga besi hitam. Setahu saya, tidak ada duit ini yang saya pernah lihat diperbuat daripada perak dan emas, cuma logamnya sahaja menyerupai perak dan emas.
Jenis-jenis duit yasin:
- Yasin 1
- Yasin 3
- Yasin 5
- Yasin 7
- Yasin 9
- Yasin Wali 7
- Yasin nabi nuh
- Yasin tongkat
- Yasin Merak
- Yasin Shadah
- Bahtera Nabi Nuh
Kesimpulan
Perbuatan menyimpan duit syiling ini dengan tujuan dipuja untuk mendapat kekayaan, disimpan bertujuan untuk melindungi diri dari sihir dan kejahatan adalah satu perbuatan yang syirik dan khurafat.
Duit ini bukan duit syiling, ianya hanya medallion yang digunakan oleh pengamal perubatan dan peminat mistik untuk tujuan yang hanya mereka tahu.
Ianya tidak pernah digunakan pada zaman para Nabi dan Rasul. Tahun yang ditulis di duit itu mungkin berusia sehingga 400 tahun. namun, ianya hanyalah fantasi yang dibuat oleh perekanya. Setahu saya, tidak ada sejarah duit syiling ini dimana-mana buku numismatik negara lain melainkan buku "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb.
Duit ini menjadi popular kerana ramai dari kalangan orang Melayu yang berangan-angan mat jenin untuk mendapat keuntungan mudah dengan menjualnya pada harga beribu ringgit, sedangkan hanya membelinya pada harga berpuluh ringgit. Anda sebenarnya boleh mendapatkannya dengan penjual kaki lima dengan harga tak sampai RM30 sekeping.
© Duit syiling Yasin: misteri, mitos & mistik - Malaysian Coin
Source: http://www.malaysiancoin.com/2013/01/duit-syiling-yasin-misteri-mitos-mistik.html?m=1
Jawaban atas temuanku berupa uang syiling Yassin 1 yang di situs buka lapak hanya dijual rp. 50 ribu, meruntuhkan semua impian dan khayalanku soal rumah dan mobil mewah.
Akupun mengajak istriku kembali ke kebun. Aku menggendong anak bungsuku. Istriku membawa beberapa peralatan makan.
Hahahaha.. Jadi serius ceritanya gara² syilling.
Temodok ari one, robot a enti olok tu pekiri. Gere betehe mubeda plagiat orom gere. Nong pe ara mutolun nge ngeh robot a. Dan referensi si torohe link tulesen ku i WP atau i Analisa. Hahahaha
Hahaha kunagak mal sen oya ketua @catataniranda, kupen murah.. Gere jadi nos umah boh...
Ari kupi a dihne bg. Oya nge pasti
@resteemator is a new bot casting votes for its followers. Follow @resteemator and vote this comment to increase your chance to be voted in the future!