Perginya Seorang Sahabat di Hari Raya (Part 1)

in #life7 years ago

IMG_20180517_170410.jpg

Lonceng sekolah berbunyi tanda berakhirnya kelas untuk para pelajar sidang pagi, pelajar mulai mengemas barangan masing - masing dan bersedia untuk pulang. Hari itu jatuh pada hari Jumaat, sekolah akan bercuti selama seminggu sempena cuti hari raya, kedengaran riuh suara - suara pelajar memecah setiap sudut sepi kawasan sekolah, hari itu juga kelihatan sungguh sempurna untuk setiap pelajar. Pada hari itu juga dia tidak menghadirikan untuk kelas, mungkin sebab malas atau atas sebab lain.

Waktu tu, ramai pelajar yang dikenakan tindakan disiplin gantung sekolah akibat daripada pergaduhan beramai-ramai yang berlaku sebelum bulan puasa, tetapi dia tidak terlibat dengan pergaduhan tersebut. Sedang aku berjalan meninggalkan kelas bersama rakan rakan yang lain, sempat aku menikmati indah cahaya matahari pada pagi itu. Aku teruskan langkah ku menuju ke balai ilmu, di tempat yang selalu di penuhi oleh para pelajar, kira tempat favorite setiap pelajar lah, tak kira dari menengah rendah hingga atas, tempat tu memang dah jadi pilihan untuk pelajar lepak. Dari jauh, kedengaran suara dia, ingatkan sakit rupanya ponteng kelas, biasalah itu ponteng sekali dua, dia kata dia cuma datang untuk benda lain. Tak tahulah apa benda lain nya. Hari tu dia berpakaian kemas, dari atas hingga lah ke bawah. Dengan baju putih yang bertuliskan ayat yang gembira, dia nampak berseri-seri. Senyumanya juga tidak seperti sebelum ini.

Sedang leka aku bermain gitar waktu tu, dia menyapa aku, sambil berkata "bagi aku main dulu lagu favorite ku", katanya dengan nada yang lembut. Dia ni ada 2 lagu favorite, pertama, dari band Red Jumpsuit Apparatus, Your Guardian Angel, dan yang kedua, dari Green Day, Macy's Day Parade.
Feel gila , waktu lagu pertama tu, singalong ramai dengan pelajar - pelajar lain tapi bila lagu green day tu, dia kelihatan sebak, seperti lagu tu besar makna untuk dia.

Habis jak lagu favorite dia tu, dia letak gitar dan berdiri bersedia untuk pulang. Sebelum bertolak, sempat lagi dia memberi salam kepada ku, sambil mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin, maklumlah raya dalam beberapa hari lagi dan aku pun balas dengan ucapan yang sama.

AKAN BERSAMBUNG....

Sort:  

Congratulations @amle! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Do you like SteemitBoard's project? Then Vote for its witness and get one more award!

Coin Marketplace

STEEM 0.21
TRX 0.25
JST 0.039
BTC 95882.33
ETH 3347.19
USDT 1.00
SBD 3.21