Syair terakhir imam as-syafi`i

in #islam7 years ago

imam-safii.png
Di saat akhir kehidupan imam syafiei, murid kesayangan beliau imam muzani masuk menziarahi gurunya. dengan penuh prihatin, syahdu dan sayu imam muzani bertanya tentang kesehatan gurunya Imam syafiie menangis menjawab dalam pilu, bersenandung merintih penuh harapan, seolah beliaulah hamba yang paling hina di dunia ini. Betapa beliau mengharap ridha Allah dengan penuh tunduk kepada penciptanya. tidak lama kemudian Al-imam dengan penuh syahdu menghembuskan nafasnya yang terakhir kali disamping imam muzani.
Buat kenangan generasi akan datang setiap patah kata gurunya dengan teliti di catat kalimat demi kalimat supaya dunia mengenang dan menyaksikan betapa jiwa yang agung ini merintih ke hadrat tuhan yang maha tinggi.
Syair terakhir penuh syahdu lahir dari jiwa yang besih merindui tuhan yang maha perkasa .
kalam dan lisan Al-imamud dunia As-syafi`ie

Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
Ku jadikan rayuan ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan
bukankah engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Dan janganlah kau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menututup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kedurhakaan,
kezaliman, penganiayaan yang tidak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia seorang yang fasih ketika menyebut tuhannya
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini, dia membisu
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Nasehat-Imam-Syafii.jpg
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba lebih agung dan lebih mulia

note: di ambil berdasarkan riwayat imam Al-muzani( murid imam syafi`ie)

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.20
JST 0.038
BTC 95558.45
ETH 3626.15
USDT 1.00
SBD 3.80