MUSIBAH DI AKHIR ZAMAN

in #indonesia7 years ago

image

Rasulullah ﷺ pernah bersabda di dalam sebuah hadis "Sesungguhnya Allah ﷻ tidak menarik ilmu daripada muka bumi ini dengan cara menyentapnya dari dada-dadanya tetapi Allah menariknya daripada muka bumi Allah ﷻ ini dengan mengambil Para Ulama.

Sehinggakan suatu ketika nanti tidak ada lagi tinggal walaupun seorang Ulama maka pada waktu itu manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin mereka yang jahil. Pemimpin itu akan memberikan fatwa, mengeluarkan suatu pendapat tanpa berdasarkan ilmu maka tersesatlah ia dan tersesatlah siapa yang mengikutnya." Wa iya zubillah.

Di dalam sebuah hadis yang lain memberitahu, Rasullulah ﷺ bersabda "Barangsiapa yang tidak bersedih dengan kehilangan seorang Ulama maka dia adalah orang-orang yang munafiq."

Ketika mana dunia di akhir zaman. Di mana ketandusan ilmunya, ketandusan akhlaknya, ketandusan budi pekerti daripada umat Muhammad ﷺ itu sendiri. Pada waktu inilah Allah akan menguji umat Muhammad ﷺ dengan ditariknya seorang demi seorang insan-insan yang masih diperlukan di atas muka bumi Allah ﷻ ini.

Insan-insan yang menyebarkan kehebatan ilmu dan juga kebaikan hikmahnya. Manusia yang memberikan, menyebarkan kasih sayang maka Allah ﷻ menguji dengan ujian yang sebaliknya pula dengan memberikan kita iaitu lahirnya di kalangan umat manusia ini.

Manusia yang akan menyebarkan permusuhan, kebencian. Manusia yang akan mengadu domba di antara umat Muhammad ﷺ. Manusia yang akan menghalalkan perkara yang haram, manusia yang akan mengharamkan perkara yang halal.

Kata Rasulullah ﷺ di dalam sebuah hadis "Akan datang suatu zaman kepada manusia, tidak ada lagi dah pada waktu itu keislaman melainkan pada namanya sahaja dan tidak ada lagi dah kekal daripada Quran melainkan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka didirikan secara megah tetapi kosong daripada pengisian-pengisian hidayah. Dan juga Ulama-Ulama mereka mengajarkan manusia bagaimana menghalalkan perkara yang haram dan juga mengharamkan perkara yang halal."

Ini memberi makna bahawanya akan datang suatu ketika ketandusan ilmu yang sangat tenat dan juga kehilangan manusia yang memiliki ilmu yang sangat ramai akan menyebabkan manusia ini kehilangan pedoman dan hidayah sehinggalah orang Islam itu tidak sedar mereka itu Islam melainkan namanya sahaja.

"Bila ditanya siapakah kamu? Maka akan dijawab aku adalah fulan bin fulan. Bila ditanya adakah kamu muslim? Maka akan dijawab ya, aku adalah muslim. Apakah buktinya? Nama aku adalah Islam." Bukannya kerana aku mendirikan solat, bukannya kerana aku berpuasa di bulan ramadahan, bukannya kerana aku mengeluarkan zakat, bukannya kerana aku menunaikan ibadah haji, bukannya kerana aku menghadiri majlis ilmu, majlis zikir, menuntut ilmu agama dan sebagainya tetapi kerana nama aku adalah Islam."

Mudah-mudahan Allah ﷻ menjadikan kita orang-orang yang beriman yang bersedih dan juga berdukacita dengan kematian dan pemergian orang-orang yang soleh. Dan menggolongkan kita dalam golongan pelapis-pelapis mereka.

Mudahan-mudahan Allah ﷻ memelihara kita daripada fitnah akhir zaman, memuliakan kehidupan kita keseluruhannya dengan kita mengecapi husnul khatimah dan dijauhkan daripada su'ul khatimah. Amiin ya rabbal alamiin.

Sort:  

Congratulations @mahmudin-steem! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

Click here to view your Board

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @mahmudin-steem! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.20
JST 0.037
BTC 94837.57
ETH 3452.01
USDT 1.00
SBD 3.93