pucuk paku goreng belacan
bahan-bahan :
1 ikat pucuk paku (dibersihkan)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu makan udang kering (ditumbuk)
sedikit cili giling (boleh juga menggunakan cili merah dan tumbuk)
sedikit sos tiram
sedikit belacan bakar (ditumbuk)
sedikit air
cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos tiram dan air secukupnya. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan pucuk paku. Kacau lagi hingga sedikit layu. (jika kurang masin boleh tambah garam)
Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.