Apam lenggang lemak manis.
Sore steemians,
Sore ini rasa nak makan apam lenggang. Gigihlah kak wanie melenggang2 kat dapur.
Kebanyakan resepi apam lenggang ni tak bagi tepat sukatan air dan santan semua suruh agak2 je kan susah nak buat bagi yang tak pandai ni.
Ni kak wanie ikut resepi cikgu Azlina. Boleh try pada yang nak cuba. Memang senang dan sedap. Kena pulak dengan sambal sardin. Perghhhh
Jom buat apam lenggang. Jangan lupa melenggang sambil buat ye😂. Masa makan kompem nyanyi lagu Ayda Jebat. Duh aduh duh😄.
Apam lenggang lemak manis
bahan - bahan :
👉2 cawan tepung beras
👉1-2 sudu makan yis kering tapi tak payah la penuh2
👉3 sb gula
👉Sedikit garam
👉3/4 cawan air suam
👉Satukan dan kacau,
👉 Tutup biarkan 30 minit
proses pembuatan :
- campur tepung berat gula , garam dengan sedikit air gaul sebati sampai jadi adonan macam ni.
- Masukkan santan dan telur. Gaul sebati
- Kemudian tuang adonan ke dalam kuali tipis tipis je, dengan api kecik
Tutup dengan tudung periuk
Lepastu seteelah 3 menit angkat dan gulung siap dinikmati dengan sambal atau sarden kaleng