Ayam Goreng Berempah Irit Bahan

in #food6 years ago (edited)

Hallo Steemit friend sorry lama tidak kongsikan resipi disebabkan busy aku hihi. ok sekarang saya mau kongsihkan resipi Ayam Goreng Berempah yg jimat bahan tapi sedap lah.

BAHAN- BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam (potong besar- besar)

BAHAN KISAR :

  • 1 Biji bawang besar

  • 3 ulas bawang putih

  • Cili kering /serbuk cili kuantti cili kering kalau tak nak letak pun tak apa ( i skip)

  • 3 batang serai

  • 1 biji telur ayam

  • 1 sudu makan ketumbar

  • sedikit asam jawa pekat

BAHAN PERAP AYAM :

  • 1 sudu makan penuh serbuk kari

  • 1 sudu makan tepung beras

  • 1 sudu makan tepung jagung

  • garam

  • sedikit daun kari

  • secubit gula

  • sedikit serbuk perasa

CARA MEMASAK :

  1. Satukan bahan kisar & blend halus kalau boleh tak payah letak air

  2. Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar & bahan perap. biarkan selama 30 menit. lagi sedap biarkan 1 malam (saya 1 jam) .

  3. Panaskan minyak masak mengunakan api sederhana & masukan ayam. tutup kuali dengan penutup periuk semasa menggoreng.

  4. 2-3 menit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk.keadah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tp berjus di dalam.

  5. Untuk dapatkan serat yg garing, bila ayam siap goreng smua,ambil serdak - serdak yang tinggal goreng dengan api sedehana.

  6. Masa tengah goreng tu, kacau kacau serdak supaya tidak bergumpal atau brketul .bila dah garing,angkat & tos& tabur pada ayam goreng tadi.

SELAMAT MENCOBA!!!
36913445_2552662034759542_2589863655990362112_n (1).jpg

Coin Marketplace

STEEM 0.21
TRX 0.26
JST 0.039
BTC 96423.52
ETH 3385.69
USDT 1.00
SBD 3.07