Menabung Untuk Masa Hadapan!
Dear Steemian,
Saya sangat bersyukur kerana ibubapa saya menyediakan dan memastikan saya dan adik-beradik mendapat pendidikan yang sempurna. Sebelum kami ke sekolah ibubapa kami akan menyediakan bekalan dan serapan pagi pada setiap hari seperti milo, roti, nasi goreng, mee goreng dan bermacam-macam lagi. Tujuannya adalah untuk memastikan kami dapat belajar dan menumpukan perhatian ketika di dalam kelas.
Selain itu, kami diberi wang saku sebanyak RM5.00 setiap seorang. Selalunya saya tidak habis membelanjakan wang saku tersebut. Ibu saya berpesan supaya menyimpan lebihan wang itu di dalam tabung. Sekarang saya mempunyai Rm386.00 di dalam tabung.
Ibu berjanji akan memberikan saya wang sekali ganda jika wang itu genap sebanyak RM500.00 dengan syarat menyimpan wang itu di dalam bank. Contohnya, jika saya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM500.00 maka ibu akan memberikan saya wang sebanyak RM500.00 juga. Jadi, jumlah keseluruhan wang yang disimpan didalam bank ialah sebanyak RM1000.00
Adakah saya mampu untuk mengumpulkan wang sebanyak RM500.00 tersebut? 🤔🤔
Hanya masa yang dapat menentukannya... Walaubagaimana pun saya akan berusaha dan memastikan agar saya mempunyai simpanan untuk masa hadapan.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sekian dan terima kasih.
Yang benar
@abellehera aka Isabelle Hera
✅ @abellehera, enjoy the vote!
Have you claimed your FREE Byteballs yet? Check out this post on how you can get $10-80 just for having a Steem account: https://steemit.com/steem/@berniesanders/get-free-byteballs-today-just-for-having-a-steem-account-usd10-80-in-free-coins
Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by abellehera from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.
If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.
Ada satu perkata;
Menabung adalah satu tabiat yang amat bagus kerana pada masa hadapan, anda akan memerlukannya.
Sebernanya waktu saya kecil semacam @abellehera mak saya juga membuat perjanjian yang sama.
Pada masa tu, RM500 adalah amaun yang sangat besar berbanding sekarang kerana duit saku saya masa dulu hanya RM1; tetapi 20 sen saya dah dapat satu mangkuk mi rebus.
(Itulah perbezaan masa dulu dengan masa kini - inflasi yang menakutkan)
Sebab itulah menabung adalah sangat penting untuk pemuda-pemudi semacam @abellehera . Saya harap rakan-rakan anda juga ada tabiat menabung
upvoted
Sangat benar @littlenewthings.
Terima kasih atas nasihat dan komen, saya sangat menghargainya :)
Your post has been manually curated by littlenewthings
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness