Steem Bahasa Pusat Penyatuan Pengguna Steemit

in #busy7 years ago

Alhamdulillah

Projek Steem Bahasa sudah mula dikenali oleh pengguna steemit. Walaupun kebanyakan ahli di dalam komuniti Steem Bahasa masih berpangkat Plankton tetapi setiap ahli telah memberikan kerjasama yang baik terutama di dalam membantu dan menyokong ahli mereka. Tujuan penubuhan komuniti ini bukan sekadar "join" untuk dapat free upvote, tetapi lebih kepada mengenali rakan ahli, bertukar pendapat, mempelajari cara posting rakan lain dan MEMBESARKAN STEEMPOWER SECARA SEKATA.

Walaupun masih ada pengguna yang berbahasa di luar sana yang mempunyai nilai steempower yang tinggi dan tidak bersama dalam komuniti Steem Bahasa atas sebab sayang dengan memberi vote kepada komuniti plankton seperti Steem Bahasa, ianya tidak mengapa. Anda masih boleh mengikuti perkembangan komuniti ini di dalam Discord Steem Bahasa tanpa mengikuti "Curating Trail" Steem Bahasa. Mungkin dengan inisiatif kecil dari anda dapat memberi sumbangan besar kepada komuniti dari pelbagai aspek.

Asia Tenggara

Steem Bahasa ingin menyatukan 4 buah negara utama dalam 1 bumbung. Kami menyeru pengguna dari:-

Malaysia

Indonesia

Singapore

Brunei

Jangan Anda Berjalan Seorang Diri, Kelak Sesat Merana Diri....

Dengan bergabung bersama Steem Bahasa, kami tidak menjanjikan mimpi yang indah, mahligai bahagia. Tetapi dengan anda berkomuniti, sudah tentu ahli di dalam komuniti akan membantu.

Kiraan Mudah Dalam Komuniti

  • 1 ahli dalam komuniti mempunyai SteemPower bawah nilai 100sp akan memberikan nilai upvote 0.01steem jika anda memberikan 100% upvote weight.
  • Tetapi jika 1000 orang ahli yang mempunyai SteemPower bawah nilai 100sp, sudah tentu akan memberikan nilai upvote 10steem per vote.

0.01steem x 1000upvote = 10steem
*Kiraan akan dipengaruhi faktor berat vote dan kuasa vote

Tidakkah ia memudahkan anda sebagai pengguna baru dalam steemit?

Pihak kami faham, ramai pengguna steemit yang masih baru untuk faham dalam steemit akan cabut lari selepas 2-3 posting mereka tidak mendapat sambutan.

Saya dan juga rakan ahli komuniti Steem Bahasa juga faham akan perkara ini. Oleh sebab itu kami mengambil langkah kecil kami untuk merancakkan lagi penggunaan steemit bagi kalangan pengguna baru.

Ia benar, kami tidak mempunyai Steem Power yang tinggi untuk bantu anda menggunakan steemit, dan kami bukan dari kalangan whales atau witness. Tetapi hanya langkah ini dapat membantu kita semua membesar secara sekata.

Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli steem bahasa dengan mengikuti Curating Trail bernama steembahasa sahaja. Sangat mudah!!!!

Anda juga diwajibkan menggunakan aplikasi Discord. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Play atau Playstore.

Kemudian anda hanya click link yang kami berikan ini sebagai jemputan untuk menjadi ahli komuniti Steem Bahasa https://discord.gg/ShpwY4m

Anda juga boleh menulis sebarang komen pada ruang posting ini jika ada soalan untuk ditujukan.JPEG_20180424_203030.jpg

Sort:  

You got a 16.51% Upvote and Resteem from @ebargains, as well as upvotes from our curation trail followers!

If you are looking to earn a passive no hassle return on your Steem Power, delegate your SP to @ebargains by clicking on one of the ready to delegate links:
50SP | 100SP | 250SP | 500SP | 1000SP | 5000SP | Custom Amount

You will earn 80% of the voting service's earnings based on your delegated SP's prorated share of the service's SP pool daily! That is up to 38.5% APR! You can also undelegate at anytime.

We are also a very profitable curation trail leader on https://steemauto.com/. Follow @ebargains today and earn more on curation rewards!

Postingan yg bagus kawan....

I Upvoted And Followed you. do The same for me and we could help each other Earn.

Hai halim. Anda tidak perlu berjuang berseorangan untuk dapat upvote. Anda boleh join komuniti steem bahasa di dalam discord ...sila klik untuk jumpa komuniti https://discord.gg/ShpwY4m

semoga komuniti steem bahasa ini berjaya dan berkembang dengan cepat...
sudah saya resteem... semoga bermanfaat untuk yang lainnya.. sila bergabung kawan-kawan se Nusantara
✌️✌️✌️

Terbaik dari ahli komuniti

Smoga berjaya

keep on going bro.. support untuk content yang bermanfaat

Mantap! Mari kita bangun Steem bahasa di steemit!

Mari... beri kemudahan kepada mereka yang ingin berbloging di steemit mengikut keselesaan bahasa

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by sahril88 from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Semoga sukses dan memberikan inspirasi kepada pengkarya yg menggunakan #bm sebagai perantara.

Terima kasih... jika ada pendaftar baru di steemit. Anda boleh cadangkan utk sertai steem bahasa, agar mereka mendapat support dari community

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.20
JST 0.034
BTC 98713.95
ETH 3352.77
USDT 1.00
SBD 3.07