Hari raya dah dekat
Salam...
Dulu kecik kecik nak sambut raya mane pernah pikir apa apa,tau malam 7 liko nak main bunga api je,pastu pasang pelita keliling laman.
Masa berlalu zaman pun berubah,semakin berusia semakin bertambahlah tanggungjawabnya.Apa yang ditempuh dulu dan sekarang memang jauh berbeza.
Sekarang di setiap kali menjelang aidilfitri aku dh disibukkan utk mengurus perniagaan barangan kulit aku.Tiap tiap tahun lepas habis je raya smp la ke raya akan datang sentiasa kene bersiap sedia utk menguruskan tempahan pelanggan yang telah dibuat.
Dan ianya semakin meluas hingga kadang tu tak cukup modal nak pusing.inilah produk utama kami yg mendapat sambutan setiap kali hari raya,tempahan yang ada kebanyakan dari malaysia dan ada juga tempahan dari negara sepeti singapura dan brunei.
Setelah lama mengusahakan tugas ini aku dh mula rasa ia tak ubah cam tugas aku masa kecik kecik iaitu menyiapkan pelita pelita termasuk pelita rumah rumah jiran aku,pada tiap tiap malam sebelum raya aku akan pastikan semua pelita dinyalakan sebab nak rasa meriahnya menyambut aidiltri yang bakal tiba..dan aku kene pastikan semua capal capal siap supaya pelanggan boleh merasai hari raya dengan ada capal dikaki mereka utk dekenakan dengan baju melayu di pagi hari raya Aidilfitri..