Peluang Kedua

in #bahasa-malaysia6 years ago (edited)

Hai semua harap anda sihat selalu seperti biasa dan memulakan rutin esoknya dengan bersemangat, bagi yang gagal memenuhi hari anda jangan risau, setiap hari akan ada peluang kedua untuk setiap manusia d muka bumi ini. Aku memulakan hari ini agak kurang bernasib baikyang mana aku kurang mendapat tempat dalam olahan cerita kelmarin, namun tidak selalunya kita akan mengalah demi mencapai sesuatu impian yang kita ingin kecapi.


image source

Usaha

Usaha ialah satu kata yang seharunya diterapkan dalam diri kita, tak kira apapun cabaran menanti kita harus rajinkan diri berusaha walau sekecil zarah. Sebagai contoh, aku gagal mencipta posting yang sepatutnya aku buat kelmarin, akan tetapi hari esoknya iaitu hari ini aku akan membalas kembali masa yang telah hilang dan memberikan motivasi kawan sekitar aku.


image source

Sabar

Bukan mudah untuk bersabar dalam situasi yang tegang, lagi-lagi ianya berkaitan dengan emosi kita yang kadangkalanya boleh mendorong kita melakukan sesuatu tanpa diduga. Erti sabar juga merangkumi tenang dan jangan bertindak melulu tanpa usul periksa dan ingat, setiap perbuatan kita akan melambangkan pendirian kita sendiri.


image source

Effisien

Bila bertindak dalam situasi tertentu, pastikan perbuatan anda itu memberikan kesan dan bukannya sia-sia sahaja, tak kisah apa cara anda sekalipun jikalau perancangan anda tidak ditentukan dahulu sebelum bertindak, seperti mengisi air ke daun keladi yang tiada maksud apapun yang anda akan dapat. Sebaiknya gunakanlah akal fikiran sebelum melakukan sesuatu dan rancang dengan teliti agar perancangan anda menjadi lebih effisien.

Penutup

Aku tidak berpeluang menempahkan nama aku untuk bercuti raya tahun ini namun aku percaya peluang kedua itu datang berkat hasil kesabaran aku dan juga rezeki yang sudah ditentukanNYA.

Sekian semoga ianya bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.15
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 53778.84
ETH 2224.93
USDT 1.00
SBD 2.30