TEKNIK MENILAI BUNYI BAGI PENDENGAR BUKAN AUDIO TEKNIKAL

in #audio7 years ago (edited)

Untuk pemasangan alat pembesar bunyi dan suara selalunya bergantung dengan seseorang yang telah mahir mengendali serta berpengalaman dalam bidang Pro Sound. Bagaimana pula dengan anda yang tidak mempunyai pengalaman langsung dari segi Pro Sound , apa yang harus ditelitikan.

Disini anda akan mempelajari serba teknik mendengar dan mengadun bunyi yang diperlukan. Untuk meneliti aspek bunyi tidak serumit yang anda fikirkan. Teknik-teknik ini adalah hasil dari pemerhatian semasa melihat dan mendengar pemasang Pro Sound sewaktu pementasan dan diluar pementasan.

Mari kita mulakan dengan menampilkan masalah yang sering kali terjadi.Pernahkah anda mendengar sebutan “Feedback”. Selalunya ini terjadi apabila pembesar bunyi(Speaker) yang sedang beroperasi tiba-tiba sahaja kedengaran satu bunyi yang tinggi dan tajam sehingga menyakitkan telinga. Apabila keadaan ini, anda akan dengar dikalangan orang ramai akan menyebut “Feedback”. Kenapa Feedback terjadi.? Feedback terjadi disebabkan banyak faktor, salah satu faktor utama adalah mikrofon jangan terlalu dekat dengan Speaker. Jika boleh mikrofon diletak bertentangan arah dengan “Speaker”. Jangan pula mengalukan mikrofon pada speaker(Pembesar Suara). Jika pembesar suara (speaker) mengalami feedback terlalu kerap ,komponen elektronik pada speaker akan cepat rosak. Kekerapan feedback juga membuatkan kemudaratan speaker dari segi frekuensi yang tertentu tidak lagi dapat dihasilkan. Terutama pada bunyi tone tinggi yang dihasilkan dalam frekuensi yang melebihi 10kHz.

Untuk makluman anda di luar sana, dalam kategori bunyi Pro Sound bunyi yang dapat dihasilkan oleh (Speaker) pembesar suara adalah dalam lingkungan 20Hz sehingga 20Khz. Ini adalah standard.Jangan pula anda mengandaikan semua speaker menghasilkan seperti disebut diatas. Setiap pembesar suara pula ada ciri ciri tertentu dan mengikut kesesuaian fungsi yang ditetapkan.

Faktor kedua pula kenapa feedback terjadi adalah pemilihan mikrofon. Mikrofon mempunyai pelbagai ciri-ciri dan kemampuan yang boleh dicapai bagi satu-satu mikrofon. Pemilihan mikrofon yang sering digunakan adalah Dinamik mikrofon (Dynamic Microphone). Dynamic Microphone adalah jenis yang tahan lasak yang mampu melindungi komponen elektronik dan mikrofon yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dari renjatan elektrik. Dynamic Microphone juga mampu mengasingkan polar pattern yang tidak diperlukan. Apa itu polar pattern itu sila rujuk rajah dibawah.

Bahan Gambar dari Sesawang

Ada satu lagi mikrofon yang gemar digunakan oleh orang ramai iaitu kondensar mikrofon(Condensar microphone). Mikrofon jenis ini menggunakan phantom power 48 volt. Boleh dikatakan aktif mikrofon. Mikrofon jenis ini sangat sensitive dan mampu menangkap hampir semua frekuensi disebabkan ada pengganda aktif pada mikrofon tersebut. Jika anda tidak meneliti mikrofon anda maka besar masalah anda dari segi feedback dan gangguan bunyi yang tidak diperlukan. Kondensar mikrofon seperti gambar rajah dibawah.

Bahan Gambar dari Sesawang

Masalah feedback sudah anda pelajari. Masalah seterusnya pula bunyi suara yang suram atau terlalu banyak gangguan bunyi yang tidak disenangi. Untuk ini anda sepatutnya menguji pengadun bunyi(Audio Mixer) anda bersama dengan mikrofon atau pun peralatan muzik atau mana-mana komponen audio elektronik anda. Audio Mixer anda dilevelkan semua level frekuensi pada pada nilai 0.

Bahan Gambar dari Sesawang

Bahan Gambar dari Sesawang

Cuba dengar perbezaan mikrofon anda dengan set level 0.Level 0 adalah level ideal yang mana tiada ubahan frekuensi mahupun peningkatan volume bunyi. Jangan pula tutup bunyi untuk mendengar pada pembesar suara. Ini akan memberi kesenangan anda memilih terus mikrofon tersebut atau melaraskan frekuensi yang mampu anda perkemaskan sebelum persembahan anda yang sebenar. Sudah tentu anda mahu terbaik. Jadi fikirkan lah yang cara terbaik bagi citarasa anda.

Bagi semua anda disana jika berminat dengan lebih lanjut boleh kemukakan soalan anda disini pada komen. Untuk pembacaan selanjutnya boleh ikuti blog dibawah ini:-

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/audio-mixer-digital-dan-audio-mixer-analog

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/dante-digital-audio-network-through-ethernet

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018

https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.26
TRX 0.26
JST 0.038
BTC 93760.36
ETH 3417.08
USDT 1.00
SBD 2.32