Subaru Baby Driver cari pemandu baru. Jentera ini adalah satu daripada enam Subaru Impreza WRX yang digunakan dalam filem Baby

in #subaru7 years ago

subaru-baby-02.jpg

Tahukan anda, pembikinan filem Baby Driver membabitkan penggunaan enam unit kereta Subaru Impreza WRX 2006.

Tahun lalu, ada sebuah unit sudah dijual menerusi laman eBay dengan harga tidak lebih £50,000 (kira-kira RM276,800). Unit itu sudah diubah suai pacuan semua roda menjadi pacuan roda belakang.

subaru-baby-06.jpg

Satu unit daripadanya pula menjadi milik pelakon utama filem Baby Driver, Ansel Elgort.

Kini, ada seunit Subaru Impreza dari filem itu akan dijual pada bulan ini. Ia sebenarnya digunakan dalam babak kejar mengejar ketika aksi rompakan bank.

subaru-baby-04.jpg

Unit kedua ini nampak lebih 'bersemangat' kerana menggunakan sistem pacuan semua roda STi oleh Allpro Subaru di Alpharetta, Georgia.

Kereta ini mendapat dos pelaburan tambahan lebih £14,000 (anggaran RM77,500) semata-mata untuk pembikinan filem berkenaan.

subaru-baby-05.jpg

Jentera itu dipasang piston tempaan CP, klac Exedy Stage 1 , OS Giken front differential, Cusco LSD belakang dan brek tangan hidraulik. Tambahan lain ialah gugusan meter WRX STI dan sejumlah aksesori STi.

Jentera ini sah dan boleh digunakan atas jalan raya walapun sarat dengan tambahan komponen modifikasi.

subaru-baby-03.jpg

Coin Marketplace

STEEM 0.15
TRX 0.23
JST 0.032
BTC 85981.30
ETH 2349.98
USDT 1.00
SBD 0.66